Sunday, January 31, 2016

Pesta Buku Kuala Lumpur 2016

Sumber : Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 

Maklumat lokasi baharu untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016.
-----
Tempat: Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). 
Laman web MAEPS: www.maeps.com.my.
Waze/Google Map: MAEPS.

Tambahan: Ini juga tapak pameran MAHA. Tapak ini hampir dengan Hospital Serdang, UPM, IOI City Mall, IOI Palm Garden Hotel dan Putrajaya Marriot Hotel.
-----
Tarikh PBAKL 2016: Bermula dari Jumaat, 29 April 2016 hingga Isnin, 9 Mei 2016. Selama 11 hari.
Mohon masukkan dalam kalendar.
-----
PBAKL berpindah ke tapak baru yang lebih luas dan besar di Serdang, untuk menampung jumlah pengunjung, pempamer dan industri buku yang semakin berkembang.
-----
Dengan rendah diri kami mohon bantuan anda untuk Share post ini supaya dapat maklumkan kepada rakan-rakan yang lain tentang lokasi baharu PBAKL 2016.
Masih ramai peminat buku yang belum tahu tentang lokasi baru ini.

Semoga usaha Share anda ini dapat mengelakkan orang daripada tersilap tempat.

KWSP

Baru ku tahu, 

KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

adalah benda yang sama

EPF
Employees Provident Fund

malunya !



*post2 di blog ini adalah sebagai catatan / nota persendirian yang di cari di internet untuk rujukan masa akan datang


Salasilah


Perodua Kancil - Ogos 1993

Perodua Rusa - Mac 1996

Perodua Kembara - Ogos 1998

Perodua Kenari - Jun 2000

Perodua Kelisa - Ogos 2001

Perodua Myvi - Mei 2005

Perodua Viva - Mei 2007

Perodua Nautica 4WD - Mei 2008

Perodua Alza - November 2009

Perodua Axia - September 2014


Saturday, January 30, 2016

Pengubahsuaian Bajet 2016

Sumber : Google 



Intipati Penting Pengubahsuaian Bajet 2016

Berikut adalah 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 yang dikongsikan dari BERNAMA. Langkah-langkah pengubahsuaian dijangka akan dapat menjimatkan Kerajaan sehingga RM9 bilion dalam perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

1. Langkah pertama
Pengurangan peratus untuk potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja sebanyak tiga peratus mulai Mac 2016i sehingga Disember 2017 tetapi mengekalkan kadar semasa caruman majikan.
 Langkah ini dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga RM8 bilion setahun.


2. Langkah kedua
Pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 diberikan kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015.
 Walaupun kerajaan hilang hasil sebanyak RM350 juta, langkah ini memberi penjimatan bayaran cukai kepada individu sehingga RM475 seorang dan memanfaatkan dua juta pembayar cukai.


3. Langkah ketiga
Mengurangkan kos harga barang keperluan harian rakyat melalui enam tindakan iaitu:

1. Liberalisasi kawalan kuota import atau AP bagi lapan produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara bagi memastikan bekalan yang konsisten.

2. FAMA akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet yang menjual barang makanan seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan dengan harga jualan lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Outlet pertama akan dibuka di Presint 7, Putrajaya pada Mac dan akan diperluaskan ke 10 lokasi di seluruh negara tahun ini.

3. Jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkan daripada 640 buah kedai kepada 1,000 buah.

4. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan tingkatkan penguatkuasaan serta mengambil tindakan ke atas peniaga-peniaga yang tidak beretika dan mengambil keuntungan berlipat ganda.

5. Tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap satu tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi.

6. Setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar dibekalkan dengan 20 kilogram beras setiap bulan sehingga Disember 2016 menerusi program MyBeras yang bertujuan mengurangkan bebanan hidup keluarga miskin.

4. Langkah keempat
Menguatkuasakan peraturan penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja dengan serta-merta.

Untuk projek Perumahan Rakyat yang berharga RM35,000, Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat menawarkan pakej pembiayaan pada kadar empat peratus dengan dana berjumlah RM400 juta mulai 1 Mac ini, yang akan memanfaatkan lebih 10,000 pemilik rumah.

Lebih 100,000 unit rumah pula akan ditawarkan di bawah program Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu oleh Jabatan Perumahan Negara, Syarikat Perumahan Negara Berhad, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia, agensi negeri dan sektor swasta.

5. Langkah kelima
Sumbangan 30 peratus daripada levi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai levi HDRF berjumlah RM200 juta akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran menerusi inisiatif 'reskill' dan 'upskill' termasuk pekerja yang telah diberhentikan.

6. Langkah keenam
Bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil, sebanyak enam langkah akan diambil iaitu:-
Menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap pengelak cukai
Melonggarkan penalti kepada pembayar cukai bagi menggalakan pembayar cukai tampil melaporkan pendapatan tahun ke belakang sebelum 31 Dis ini.
Penstrukturan semula saluran jualan rokok dan minuman keras di Pulau Bebas Cukai dengan mengehadkan hanya kepada kedai-kedai bebas cukai yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), yang akan mengurangkan kehilangan hasil hampir RM1 bilion.
Mengetatkan pengecualian cukai kenderaan import di Pulau Bebas Cukai, namun langkah penstrukturan semula jualan rokok, minuman keras serta kenderaan tidak akan melibatkan penduduk tempatan dan pelancong di pulau tersebut.
Mengoptimakan pendapatan daripada spektrum telekomunikasi melalui agihan semula dan proses bidaan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Membangunkan beberapa kawasan strategik milik kerajaan melalui proses bidaan bagi merancakkan lagi kegiatan ekonomi.

7. Langkah ketujuh
Memperkemas sistem pengurusan pekerja asing dengan kadar levi akan diklusterkan kepada dua kategori sahaja, dan ini tidak termasuk kategori pembantu rumah asing.

Selain melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini diberikan permit kerja yang sah. Ini adalah bagi memenuhi permintaan industri dan pemantaun keselamatan.

8. Langkah kelapan
Merasionalisasi pemberian geran Tabung Amanah Kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta menyusun semula entiti merangkumi Company Limited By Guarantee dan badan berkanun.

9. Langkah kesembilan
Fokus perbelanjaan pembangunan diberi kepada projek yang memberi kepentingan kepada rakyat, kesan berganda tinggi, kandungan import rendah dengan projek fizikal seperti rumah mampu milik, hospital, sekolah, jalan raya dan pengangkutan awam serta keselamatan diutamakan.

Pelaksanaan projek bukan fizikal dan projek yang masih di peringkat kajian akan dijadual semula dan langkah ini dijangka melibatkan pengurangan komitmen aliran tunai sehingga RM5 bilion, dan tidak menjejaskan ekonomi rakyat.

10. Langkah ke-10
Institusi kewangan pembangunan (DFI) dan dana modal teroka (VC) milik kerajaan akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak RM6 bilion dalam menyediakan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat permulaan.

11. Langkah ke-11
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta disaran melaksanakan inisiatif mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja secara berperingkat dan akan dipantau oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU). 

Langkah Tambahan Pengubahsuaian Bajet 2016

Pelancong dari China tidak memerlukan visa untuk ke Malaysia atau Visa Free, bermula 1 Mac sehingga 31 Disember 2016, tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu, bagi tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari.

Program Pemberian BR1M dan bantuan kebajikan akan terus dilaksanakan. Kerajaan juga akan mengekalkan kadar GST seperti sedia ada.

Kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada para penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016, seperti yang telah dijanjikan dalam Bajet.

Kerajaan bersetuju, untuk meneruskan empat program tajaan JPA bagi tahun 2016 seperti berikut:
Pertama, Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.
Kedua, Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.
Ketiga, Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara; dan
Keempat, Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.
Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak 5 bilion ringgit akan terus disalurkan kepada para mahasiswa.

Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA akan diteruskan. Seramai 25 ribu pelajar telah mengikuti pengajian di bawah program-progam ini. Kerajaan telah bersetuju dengan tambahan seramai 15 ribu pelajar baru untuk program MyMaster, 5 ribu pula untuk program MyPhD dan 300 untuk Skim Latihan Akademik IPTA, akan diberi tawaran. Kesemua program ini akan diberi peruntukan tambahan sebanyak 300 juta ringgit.

Pelaksanaan projek utama seperti MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang dan High-Speed Rail akan diteruskan

Untuk meningkatkan strategic linkages di antara bandar dan luar bandar, Kerajaan akan terus melaksanakan pembinaan sepuluh lagi UTC di Labuan, Sungai Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau, Keningau, Seremban dan Kangar. Empat RTC baharu dijangka siap dibina di Jawi, Pulau Pinang, Rembau, Negeri Sembilan, Sungai Rambai, Melaka dan Betong, Sarawak pada tahun 2016.

Thursday, January 28, 2016

Suka Baca ! Lalalala...




Now, everyone can fly.. yihuuu..


Nosocomephobia

aku bukan pakar perubatan, tetapi suka membaca isu-isu baru

aku terfikir, dalam banyak-banyak jenis fobia yang ada,
ada ke kategori fobia kepada hospital ?
lalu, jari jemari menjalankan tugas di atas keyboard laptop
rupa-rupanya, pelbagai jenis fobia yang wujud !
amazing!

so, balik semula kepada tajuk iaitu
Nosocomephobia
ia adalah istilah saintifik untuk fobia kepada hospital / rumah sakit

Nosocomephobia is the name of the phobia relating to the fear of hospitals.

Pengertian Nosocomephobia adalah : Takut pada rumah sakit.

aku sejenis yang fobia kepada hospital
cuma fobia aku ini tidak terlalu teruk dan masih boleh di kawal
aku cuba lawan rasa fobia itu

punca ?
mungkin disebabkan banyak faktor
antaranya seperti pengalaman dan keturunan
pengalaman kena sergah dengan pesakit mental di hospital sewaktu kecil adalah antara yang membuatkan aku fobia dengan hospital !
kebetulan sewaktu itu, mahu melawat ahli keluarga di hospital, dan wad pesakit tersebut perlu melalui kawasan pesakit mental
lebih teruk lagi, pesakt mental itu sedang mengamuk waktu itu
apa lagi ? lari selamatkan diri la... 
selepas beberapa tahun, 
baru tahu yang ada juga ahli keluarga lain yang mempunyai fobia yang sama
jadi mungkin juga disebabkan genetik dan DNA.. hahaha

pernah satu ketika dahulu, 
di amanahkan untuk membawa atuk ke hospital, temujanji dengan doktor untuk fisioterapi,
tetapi aku yang debar terlebih
alhamdulillah masih boleh kawal diri dan positifkan minda
bahawa yang mahu temujanji di hospital itu atuk, bukannya aku

kadang-kala, bau hospital pun dah rasa semacam jew,
mungkin orang lain tengok macam tak ada apa-apa
muka tenang, rileks, cool..
tapi, hati itu dah berubah rentak degupan !


kalau nak kongsi cara atasi fobia ini,
cuba bertenang dan positifkan minda !
yakin boleh buat..

--------------------------------------------------------------------------------------------
sumber : google 

Ways To Help Your Hospital Anxiety, Surgery Fear, Fear of Medicine

1. Trust Your Practitioner

This is by far the most important part of calming the fear of surgery and hospital anxiety. Trust is the opposite of anxiety. Feeling out of control settles if you feel in sync with the person who is helping you. Knowing you are confident in the doctor makes you feel more in control of the situation. That’s because you know he or she is in control, and that he or she–at least in this instance–is more capable than you to do this procedure. I would do affirmations of gratitude for my doctor, the nurses, all the hospital staff, and my family for their assistance.

2. Trust Yourself

Anxiety implies mistrust of others, but this is just a reflection of mistrust for yourself. Trust yourself to listen to your body. Your body knows what it needs. Make decisions accordingly. Trust those decisions. Trust that you can do what you can to give yourself the highest potential for maximum recovery. For example, eat what they tell you, participate in rehab, occupational therapy or physically therapy as directed, etc. Do affirmations expressing gratitude for yourself. “Thank you so much for all you are putting in to making this work!”

Do guided imagery, seeing yourself recover calmly and doing well.

3. Take Action to Help Yourself

Do things that would be healing for your medical problem as well as your anxiety, like meditate (Tratak meditation is good to clear your mind or just imagine light at the place(s) your body needs healing), eat clean, exercise to build endurance for recovery, spend time with loving people, laugh, journal, pray, spend time outside or with your pets, engage in a creative hobby, clean out your house, or do some volunteer work. Just stay productively active so your mind doesn’t wander to gloom and doom.

4. Educate Yourself

Doing research into your medical issue can calm hospital anxiety and surgery fear (but it also can increase it). You can find horrible, rare accounts online that could terrify you more, but there are also many accounts that could help relax you. For some people, knowing what is going to happen makes them feel more in control and this is calming for them. Also, knowing our body’s capacity to heal itself is so reassuring. Research also can provide tips on the best ways for recovering from your particular medical issue. This information is invaluable!

5. Plan Well

When you are healing, it is great to be able to focus all of your energy on healing. (Not anxiety; we do not want to waste time on anxiety.) So it is great to make a plan for post-surgery. This will give you something to take your attention away from the surgery. Organize people to help and who will do what. Get together the things you might need (books, audiobooks, movies), and some stations for where you will plant yourself, complete with a side table for all the stuff–glass of water, tissues, lotion, lip balm, back scratcher, and the remote–that you will want at arm’s length.  Get your kids schedules all sorted out, catch up at work and home so everything is left organized. It feels awful when you cannot get up to be staring at a cluttered and messy room.

Mimpi Ngeri


perkara yang paling aku takut dan benci
muncul dalam mimpi
walaupun mimpi, ianya seperti realiti
sugguh, aku takut !


mudah mempercayai orang lain, memang bukan sifat semulajadi aku
bukan kekuatanku
jika dinisbahkan, nisbah kepercayaan aku terhadap seseorang itu sangat rendah
terlalu rendah
tetapi, aku cuba untuk percaya kepada orang lain
hapuskan segala syak wasangka dan bisikan syaitan

aku cuma manusia biasa
yang punya hati dan perasaan

aku pernah dengar,
ada yang mentafsirkan mimpi sebagai petunjuk
ada juga yang memberitahu mimpi itu hanyalah mainan tidur
dan sebagai manusia biasa di muka bumi ini
manusia yang sering melakukan dosa
mimpi dikalsifikasikan sebagai petunjuk itu adalah sangat rendah

aku berhadap mimpi itu hanya mainan tidur
dan gangguan semata-mata !

jika ditanya, dalam hidup ini, apakah yang  paling dibenci?
aku pasti akan jawab,
aku paling benci dikhianati !
lebih - lebih lagi dengan orang yang aku beri kepercayaan tinggi

dan dalam mimpi itu, 
sakit dan perit dikhianati itu seakan-akan terjadi betul
tidak, tolonglah katakan ianya tidak!

aku sangat lemah untuk hadapinya jika ianya benar!


*moga-moga pagi nanti mata aku tak bengkak ! penat menangis...



Hala Tuju

nak kata akak ni arif sangat, tidak
cuma ada sedikit pengalaman yang boleh dikongsikan dengan adik-adik yang nak sambung belajar
khususnya untuk adik-adik lepasan SPM 2015


ada di kalangan adik-adik yang keliru antara cabang-cabang pendidikan di Malaysia ini
matriks - form 6 - diploma - asasi - dll

di sini akak sertakan beberapa infografik
dan diharapkan dapat membantu adik - adik untuk lebih faham





Cinta

Cinta mengajar kita untuk hidup berdua,
Bukan untuk mendua.

Cinta mengajar kita untuk setia di hati,
Bukan untuk mengingkari.

Cinta mengajari kita untuk saling berbagi,
Bukan untuk saling menyakiti.

Dan cinta mengajari kita saling menyayangi,
Bukan untuk mengkhianati. 

------------------------------------------------------------

Do not love the one who doesn't love Allah,
If they can leave Allah they will leave you.


Cinta itu adalah tanggungjawab,
ianya perlu dirancang dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Cinta itu fitrah, 
setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai,
tapi cinta itu hendaklah dibina atas dasar
keimanan. 

Love,
Syairah Akmal
#MisiMencariPilot

*kenapa pilot? sebab hakak nak dia drive kereta untuk hakak.. kah kah kah

Hati Hati


Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Wahai merpati dua sejola
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau

Jagalah kau hati
Takut kan patah hati
Dan kali ini ku biar rasaku
Jadi kau hati-hati

------------------------------------------------------------

hati - hati dalam setiap keputusan yang dibuat!

tertanya - tanya, apa tanda seseorang itu serius berbual soal
jodoh / cinta / perkahwinan ?


Thursday, January 21, 2016

Guru dan Sabar, Berpisah Tiada

Memang tidak disangkal lagi, tugas seorang guru itu terlalu mencabar lebih-lebih lagi dengan suasana dan persekitaran era ini.

Memang perlukan kesabaran yang tahap dewa dalam mendidik anak-anak murid. Tidak boleh salahkan murid jika mereka lambat dapat ilmu yang diajar. Kerana setiap murid itu memiliki kelebihan dan kekurangan yang berbeza. 

Jadi, alternatif para guru untuk membantu murid untuk cepat dalam proses menuntut ilmu. Buku ini dilihat sebagai salah satu alternatif untuk murid belajar iqra. 

Jangan buang masa lagi, dapatkan segera dari Syaihan Bookstore. 


Buku ini adalah buku siri bacaan Iqra' untuk membimbing anak-anak belajar membaca Al-Quran.
Ia mengandungi huruf-huruf bacaan beserta gambar yang menarik bagi mengambarkan huruf tersebut.
Buku ini dapat menarik minat anak-anak untuk belajar Al-Quran kerana kaedah dan gambar-gambar yang terdapat dalam buku ini menarik dan berwarna warni.

Di samping itu, anak-anak juga dapat mempelajari hukum-hukum berkaitan Al-Quran seperti tanwin, tanda sukun, hukum nun sakinah, hukum mad, cara waqaf dan sebagainya.

Jom dapatkan dari ‪#‎SyaihanBookstore‬

Whatsapp 01140052265
RM 18 tidak termasuk pos
Pos RM 7 (semenanjung) RM 13 (sabah & sarawak)

Bisnes Dan Motivasi

Ayuh jadi diri sendiri yang lebih berilmu dengan buku-buku Bisnes & Motivasi berkualiti. 


Rahsia Jutawan Islam: Abdul Rahman Bin Auf

Jom dapatkan dari ‪#‎SyaihanBookstore‬

Whatsapp 01140052265
RM 21 tidak termasuk pos
Pos RM 7 (semenanjung) RM 13 (sabah & sarawak)

“Sungguh, kulihat diriku, seandainya aku mengangkat batu, nescaya kutemukan di bawahnya emas dan perak.”

Abdul Rahman Bin Auf adalah ikon usahawan dan tokoh jutawan Islam. Apakah model bisnes dan rahsia kejayaan beliau? Buku ini akan mengupas rahsia bisnes Abdul Rahman Bin Auf bagi tatapan kita, usahawan moden dan umat akhir zaman.

- Jutawan Terkaya Pada Zaman Nabi

Abdul Rahman ditawarkan dengan harta kekayaan dan seorang isteri, tetapi beliau menolaknya dan hanya mahu tahu jalan menuju ke pasar. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah. Nilai kekayaannya mencecah RM107 juta.

- Erti Hidup Pada Memberi

Untuk Perang Tabuk, Abdul Rahman menderma lebih daripada RM25 juta (200 dinar, 500 ekor kuda, dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah melipatgandakan lagi harta kekayaannya.

- Jual Pada Harga Modal Dan Tetap Untung

Abdul Rahman menjual 1000 ekor unta pada harga modal tanpa margin keuntungan. Keuntungan beliau ialah pada tali pengikat unta yang dijual sekali dengan unta sebagai nilai tambah. Beliau menjual tali itu dengan harga 1 dirham. Dalam satu hari beliau menjana keuntungan 100 dirham.

- Bisnes Diberkati Allah

Jika ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, Abdul Rahman bin Auf menjawab,

“Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yangsedikit tetapi diberkati oleh Allah.”

Berbisnes di dunia, untung sampai ke syurga.
-------------------------------------------------------------


Jom dapatkan dari ‪#‎SyaihanBookstore‬

Whatsapp 01140052265
RM 25 tidak termasuk pos
Pos RM 7 (semenanjung) RM 13 (sabah & sarawak)

Buku-buku kewangan yang ada pada masa kini banyak mengajar pembaca supaya berjimat cermat, menabung, meningkatkan pelaburan, bersara awal, dan melangsaikan hutang secepat mungkin. Namun, tidak ada satu pun buku kewangan yang mampu menandingi buku ini. Mengapa?

Think and Grow Rich langsung tidak menyentuh soal kemahiran teknikal dalam bidang kewangan, tetapi buku ini membantu pembaca mengatasi halangan secara psikologi yang selama ini menutup jalan bagi mencapai kekayaan. Turut diringkaskan dalam buku ini ENAM langkah mencapai kekayaan:

1) Tetapkan jumlah wang yang kita mahu, bukan sekadar menyatakan dalam diri, "Saya mahu banyak wang."

2) Kenal pasti pengorbanan mesti dilakukan demi mendapatkan wang yang kita mahukan.

3) Tetapkan tarikh yang pasti, iaitu bila kita akan mendapat wang yang kita mahu.

4) Atur perancangan bagi merealisasikan kemahuan itu. Jalankan rancangan itu walaupun kita masih belum bersedia menggerakkannya.

5) Tulis secara jelas beberapa perkara, iaitu jumlah wang yang kita mahu, masa yang diperlukan, dan pengorbanan yang perlu kita lakukan demi mendapatkan wang itu.

6) Baca semula dengan kuat perkara yang kita tulis. Baca sebanyak dua kali sehari, iaitu sebelum kita tidur dan selepas kita bangun daripada tidur.

Sumber kekayaan yang paling penting bukanlah material, tetapi aset rohani yang jauh lebih bernilai, iaitu semangat, kemahuan, visi dan matlamat, serta keupayaan mengawal minda. Semestinya Think and Grow Rich adalah karya terbaik yang mampu membimbing pembaca supaya sentiasa memanfaatkan sumber yang tidak ternilai ini.  
----------------------------------------------


Jom dapatkan dari ‪#‎SyaihanBookstore‬

Whatsapp 01140052265
RM 28 tidak termasuk pos
Pos RM 7 (semenanjung) RM 13 (sabah & sarawak)

Retire Young Retire Rich adalah tentang bagaimana Robert T. Kiyosaki dan isterinya, Kim Kiyosaki, memulakan kehidupan daripada sifar sehingga akhirnya mereka bersara tanpa sebarang beban kewangan. Proses tersebut mengambil masa kurang daripada sepuluh tahun. Ketahuilah bagaimana kita juga dapat melakukan perkara yang sama.
Sekiranya kita tidak bercadang untuk bekerja keras sepanjang hayat, bacalah buku ini. Pilihlah untuk bersara semasa usia muda sebagai orang kaya.
-- 
Robert Kiyosaki mencabar dan mengubah cara puluhan juta manusia berfikir tentang wang. Beliau sering membawa pandangan yang bertentangan dengan amalan lazim, sehingga beliau terkenal sebagai seorang yang berterus-terang, kasar dan berani. Beliau terkenal di seluruh dunia sebagai pejuang pendidikan kewangan.


Free Shipping~~~


Wednesday, January 20, 2016

Warnai Rohani Anda dengan Bacaan Ilmiah Terbaik

[Buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan: Muhasabah Jiwa dan Minda]
RM 28 tidak termasuk pos
+ Pos RM 7 semenanjung Malaysia / RM 13 Sabah & Sarawak

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang bertaKwa. Dalam Al-Quran, terdapat banyak pesanan dan panduan, untuk bekalan seorang hamba menyempurnakan kembaranya di dunia dengan baik.

Buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan: Muhasabah Jiwa dan Minda, sebagaimana tajuknya, mengambil 25 ayat Al-Quran untuk dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani, untuk masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling. 

Apakah kita berada dalam batas panduan Al-Quran? Ataupun sebenarnya hidup kita sudah jauh tersasar? 

Masa untuk kembali bermuhasabah. 


-----------------------------------------------------------------------------------------
[Bahtera Penyelamat]
RM 23 tidak termasuk pos
+ Pos RM 7 semenanjung Malaysia / RM 13 Sabah & Sarawak

Buku ini mempersembahkan huraian sebuah kitab ringkas berkenaan dasar-dasar asas ilmu fiqh berdasarkan panduan Mazhab Syafi'i. Seiring dengan kesedaran agama sosial semasa, buku ini begitu solid (padat) dan mudah, serta secara langsung membincangkan kesimpulan hukum fiqh tanpa menyertakan dalil dan dasar penetapan hukum dengan begitu panjang lebar dan memberatkan. Disebabkan itu, ia begitu sesuai untuk rujukan pantas dan segera para pelajar dan orang-orang yang baru ingin mengenali Islam. Buku ringkas ini mencakupi panduan lengkap dan kukuh, dimulai dengan bab dasar-dasar akidah, taharah (bersuci), diikuti pula pelbagai penerangan berkaitan solat, pengurusan jenazah, dan zakat.


---------------------------------------------------------------------
Jom dapatkan dari ‪#‎SyaihanBookstore‬

Whatsapp 01140052265

Thursday, January 7, 2016

Istimewa Januari 2016

Dapatkan pelbagai buku - buku popular hanya di ‪#‎SyaihanBookstore‬

Promosi awal tahun 2016, setiap pembelian RM50 dan ke atas dalam satu transaksi, penghantaran adalah percuma!


Promosi ini sah sehingga 31 Januari 2016 sahaja. 


1. Armagedon: 2012 (RM31.50)

2. Yakjuj & Makjuj 2 : 5 Gelombang Pembawa Bencana (RM35.00)
3. Dracula VS Al-Fateh (RM19.00)
4. Rasulullah Is My Doctor (RM25.00)
5. Perang Badar: Perang Penentuan (RM24.00)
6. Perang Khaibar: Penakluk Kota Khaibar (RM24.00)
7. Perang-Perang Yang Benar (RM55.00)
8. Perang Salib Pertama : Jatuhnya Baitulmaqqadis (RM25.00)
9. Momen2 Matluthfi (RM25.00)
10. Catatan Matluthfi (RM25.00)
11. Art of Deception (RM20.00)
12. Saiful Nang: Kisah Orang Menang (RM30.00)
13. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat (RM25.00)
14. Sebelum Aku Bernikah (RM20.00)
15. Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna (RM29.00)
16. Trust No One (RM25.00)
17. Fiqh Kewangan Islam: Halal dan Haram dalam Sistem Jual Beli Islam (RM78.00)
18. Fiqh Medik (RM12.00)
19. I’m A Backpacker: Korea (RM23.00)
20. Panduan Memborong di China (RM17.00)

Untuk tempahan, boleh hubungi kami di FB Message atau di emel syaihanbookstore@gmail.com. 

Ikuti kami di Instagram @syaihan_bookstore dan Facebook Syaihan Production & Syaihan Bookstore.






















Welcome 2016~

Setelah sekian lama meninggalkan halaman blog,
kini kembali semula.

Masih belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan
Selamat Tahun Baru 2016.

Semoga kita semua dalam keredhaan Allah sentiasa,
Insyaallah.

Untuk tahun 2016 ini, Insyaallah akan selalu update blog,
itu yang akan diusahakan.

Teruskan membaca dan nantikan post2 yang terkini.

Salam sayang,
Syairah Akmal