Tuesday, September 13, 2011

oh, tidak!!

kepada sesiapa yang menghidap penyakit jantung, lemah semangat dinasihatkan agar tidak meneruskan niat untuk membaca post kali ini....
sekiranya berlaku sesuatu, pihak ana tidak akan bertanggungjawab...
harap maklum~

tibalah masanya untuk eksperimen 4 untuk subjek biologi,
bagi semester 1 sesi 2011/2012 ni...
nak tak nak, kena lalui juga detik2 ini,
mula2 memang rasa macam tak nak buat,
serius! bila difikirkan saja eksperimen 4 ni, macam2 rasa muncul....
[ geli geleman, yaks! ]

masuk je dalam makmal, [ oh, tidak! ]
ana dah nampak makhluk kecil yang berwarna putih itu di atas meja guru,
tidak!!! badannya dah terburai,
dasyat sungguh!~
tak nak tengok lama2, terus pergi meja ana,
tidak!!! ia berada di mana2...
ada di semua meja, sudah siap terhidang...
ana tarik kerusi jauh2, [duduk jauh2]
mujurlah satu kumpulan [3orang] satu ekor saja,
kalau sorang satu??? oh, no!!!

lebih2 lagi, instructor nya bagi tau,
tikus2 tu masih hidup, sebab hanya dipengsankan sahaja,
what??!!!
apa yang ana terfikir masa tu, macam mana kalau tiba2 tikus tu hidup balik sebelum ia sempat dioperasikan??...
alhamdulillah..nasib baik semuanya berjalan lancar....


masa baru masuk makmal, nak ambil gambar, tapi takut2, sebab tu lah gambarnya nampak kecil, sebab ana tangkap gambarnya dari jarak jauh...hehe~

eksperimen kami ni pada waktu pagi, so nya, bila nak start tu, madam nya cakap....
"okay, sarapan you all semua dah terhidang di atas meja"
[haha!! mujurlah lalu lagi nak makan tengahari, takde lah asyik teringat ingat jew]

 kawan ana, Syazwani yang mulakan operasi membedah tikus yang putih comel ini...
hehe, maaflah tikus, kami nak belajar organ dalam badan awak~

 tekun betul kawan2 ana melakukan operasi pembedahan ini, penuh cermat dan teliti...
tetapi, kawan ana yang lagi sorang tu [pakai tudung hijau] mula2 nya geli juga, tapi macam ana jugak, lama2 dah okay!~ beres....
 ketelitian amat dititik beratkan semasa melakukan operasi pembedahan ini supaya tidak berlaku pendarahan yang tidak diingini...hurm~

 ana meneruskan tugas kawan ana, releks saje...[cool lah kononnya...]

 ada gaya bakal seorang doktor x? hehe...[insyaallah...]

 badan "si putih" yang telah di buka kulitnya....

 ana dan rakan sekumpulan ana bergambar dengan bahan eksperimen...

 inilah rupa "si putih" yang telah selamat di'operasikan'.....
nasib baik lah tak hancur badan nya....

akhirnya, kami berjaya selesaikan tugas kami dengan jayanya....alhamdulillah...~
halangan telah berjaya ditempuh~ yahuu!!!

Friday, September 2, 2011

Susahnya untuk berkata “tak”


>> tak, kependekkan daripaada perkataan tidak,
~mempunyai minima tiga huruf iaitu huruf T.A.K
tetapi ia begitu sukar untuk diluahkan dan diungkapkan
terutamnya tatkala berdepan dengan situasi yang menyuruh kita membuat pilihan dalam keadaan segera atau berhadapan dengan orang yang kita kasihi dan sayangi..
{seperti ibu, bapa, abang, kakak, adik, kawan, teman, dan sebagainya}
ia menjadi sukar apabila kita perlu memilih antara;
kebaikan kepada diri sendiri ataupun kebaikan kepada orang lain yang mungkin akan memberi impak negatif kepada diri kita
memilih kebaikan untuk diri sendiri bukan bererti sombong ataupun berlagak, tetapi, jika sesuatu itu hanya akan menyebabkan kita mendapat susah semata-mata, adakah ia berbaloi??
tidak dinafikan, jika kita melakukan sesuatu dengan seikhlas hati, kita akan beroleh ganjaran pahala daripada Allah,
namun, perlulah ada batas dalam setiap pertolongan, tidak jadi seperti “lembu dicucuk hidung” yang hanya akan menurut sahaja apa yang diarahkan oleh orang,
lebih lagi jika orang yang hendak ditolong dan dibantu tersebut tidak tahu untuk menghargai jasa orang yang telah membantunya,malah lebih teruk jika kebaikan yang diberikan dibalas dengan kejahatan pula…
ini bukan bererti mengharapkan balasan duniawi mahupun tidak ikhlas, tetapi perlulah mengaplikasikan istilah “jasamu dikenang” dalam situasi yang bersesuaian..
p/s : sekadar renungan bersama…. 

Friday, August 26, 2011

MiNi JaLaN T.A.R~

memang dasyat betul suasana di pekan ni,
sesak dengan orang ramai yang membeli segala keperluan
sebagai persediaan menyambut Syawal tidak lama lagi
bak kata Husna la kan,
tak payah lah susah2 nak pergi jalan TAR kat KL sana tu
kt sg besar pun dah boleh tengok kemeriahannya
memang dah macam jalan TAR [tunku abdul rahman]
sesak!!! [itulah yang dapat aku gambarkan]

SaLaM LeBaRaN~

selalunya, orang tulis "kad raya dikirim sebagai pengganti diri",
tapi, kali ni, aku nak buat kelainan sikit,

"post blog" ditulis sebagai pengganti diri,
buat semua rakan dan taulan,
selamat hari raya aidilfitri,
salah dan silap janganlah disimpan...


selamat balik kampung kepada semua sahabat handai dan kaum kerabat
berhati-hatilah di jalan raya
dan ingatlah orang yang tersayang
semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju


kalau nak main mercun tu, suka hatilah~
kalau lagi baik hati, kirim sikit kat sini,
apa2 pun take care.....




Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
buat semua yang mengenali diri ini...

Thursday, August 11, 2011

BeTuL, BeTuL, BeTuL, !!!!

--> kalau kita nak bersetuju dengan cadangan atau pendapat orang lain kita buat macam mana?

"saya setuju"
"okay jew"
"aku ikut jew"
"betul, betul, betul" 

paling2 kurang pun, kita akan angguk tanda bersetuju kalau dah tak larat sangat nak cakap, kan?
adalah dua orang manusia ni, 
aku gelarkan sorang Comel dan sorang lagi Cantik,
masa tengah dalam kuliah, 
aku tengok dia ni khusyuk sangat,
tekun betul dia orang dengan kuliah dari lecturer,
lepas tu, dia orang angguk2,
tanda setuju lah tu dengan apa yang lecturer cakap,
hebat sungguh si Comel dan si Cantik ni....
lepas ni, boleh la aku belajar dari si Cantik dan si Comel,
hehe....~

---> sentiasa berusaha untuk fokus dalam dewan kuliah!! yakin boleh!!!~

Saturday, August 6, 2011

BeRtEmU MeReka, kU bAhAgiA...

hehe...assalamualaikum,
akhirnya, setelah lima hari berhempas-pulas utk mid semester,
aku dpt juga jumpa dgn family kesayangan aku,
hilang segala bebanan yg aku tanggung tatkala melihat wajah2 insan tersayang,
dpt bergaduh dengan adik2,
terutamanya nabil....ala, gaduh2 manja....hehe~
paling yang aku suka, juadah air tangan ibu,
pergh~ semuanya sedap2 belaka, ibu masak apa pun mesti sedap...
haha...terima kasih ibu~
bertukar-tukar cerita antara satu sama lain,
memang seronok..
petang nya, aku berjalan kaki, pergi ke bazar Ramadhan,
tak jauh pun...tapi, bazar kat sini, memang meriah giler...!!
khemah nya yang macam khemah org buat kenduri tu...
besar....dah banyak pilihan makanan,
aku bukannya beli apa pun, cuma nak lihat suasana bazar Ramadhan tahun ini jew,
meriah! itu yang boleh aku katakan...
aku juga sempat berjumpa dengan nasya dan erma,
kawan lama masa kami di sliss...
hari ini pun kami sekeluarga berbuka sekali dengan atuk dan nenek,
kami jemput dia orang berbuka kat sini,
that's all, thank you...

Wednesday, August 3, 2011

Kesian dia...

pagi ini, ada berlaku kejadian yang sangat tragis,
al-kisah bermula sebelum nak gerak dari kolej kediaman,
masa tu, mood kami semua belum stabil lagi, masih awal pagi lagi,
so nya, masa dalam perjalanan, kami senyap jew...
sambil menikmati pemandangan di luar...
belum ada cerita2 menarik yang dikongsi bersama, 
setibanya di kampus, kami terus sahaja ke dewan kuliah,
sebaik sahaja nak ke tempat duduk, berlaku satu insiden yang agak ngeri lah....
sape2 yang ada kat situ masa kejadian, memang x sanggup nak tengok,
boleh mengalir air mata, sebab aku yang menyaksikan kejadian tersebut pun tak tahan nak terus melihat,

ceritanya bergini, 
ada seorang student perempuan ni,
dia jalan beriringan dengan aku nak ke tempat duduk, dalam dewan kuliah tu,
masa tu masih awal lagi, jadi tak ramai sangat orang dalam dewan,
aku memilih barisan ke 4 dari depan, 
selang beberapa baris dari tempat tersebut, ada beberapa orang student lelaki, 
aku tak pasti lah berapa orang, tak tertengok pon....
setelah aku ambil tempat duduk, seorang student ini,
tak tahu macam mana, tak de angin, ribut pun takde, tiba2 jew boleh terjatuh kat tangga,
korang bayangkanlah, mcm mana situasi masa tu,
pas2 ada pulak suara2 student lelaki tadi yang berkata,
"tak nampak, tak nampak." sambil di ikuti oleh ketawa kecil,
hahahahahahahahahahaha.......
aku tak boleh tahan nak ketawa masa tu,
memang kelakar,
untuk cover malu, dia cakap kat aku n ada student lagi sorang ni,
"aku saja jew nak duduk kat tangga tu"
huh?? boleh terima ke alasan macam tu...
sejak dari peristiwa tu, kalau aku nampak tangga jew, aku mesti teringat kejadian tersebut,

~kepada insan2 yang terbabit, terima kasih kerana menceriakan pagi aku....hahaha!!!!~

ramadhan @ foreign country~

Ramadhan for this year a bit different from the previous,
because the first day of fasting, i didn't break fast with my family,
this is for the first time, so sad~ 
i'm far away from them for my studying,
but, i'll try to find my time, spending my time with my beloved family,

because of that, i'm trying to make the situation become more fun,
I want to enjoy Ramadan this year with friends to relieve feelings of sadness away from family,
but, it doesn't mean i didn't miss my family,
i miss them very, very, very, very (1000000X) much,

if i meet all of them, i feel something that make me sooooo happy,
my family is my inspiration,
thank you Allah for giving me this happy family,
alhamdulillah...

the first day of Ramadhan, i went to Bazar Ramadhan with my friends,
just want to see what they are selling, 
but, i think, bazaar Ramadan here, cannot beat that in my hometown,
i think, it's much lively in my hometown with various type of food,
the bazaar also only a small one, compared to at my hometown,
hehe.....

on that day, i just buy chicken rice, roti john and corn juice,
when it was nearly to break the fast, my mind thinking of my family,
what were they doing on that time...
O Allah, give me strength to face this challenge....
 i'm trying to always think positive that, i'm here for one goal,
that is continuing my studies [Lillahi Taala...insyaAllah~],
thus, those are my challenges to archive my goal....  

to my family especially mom and dad, and all friends, thanks for all the support and motivation,
thank you so much...

selamat berpuasa....[happy ramadhan]~

Thursday, July 28, 2011

Perkara Membatalkan puasa...

bulan ramadhan semakin hampir, kita perlu imbas kembali antara perkara2 yang boleh membatalkan puasa kita sebagai peringatan agar perkara2 tersebut dapat dihindarkan, dan puasa kita diterima olehNya..InsyaAllah..~
(sumber diperoleh daripada http://lelabu.com/blog/2006/09/19/perkara-yang-membatalkan-puasa/)
 
perkara2 yang membatalkan puasa...:-
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Bersetubuh dengan sengaja di siang hari
  • Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya
  • Bersalin
  • Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja
  • Kedatangan haid bagi perempuan
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya
  • Murtad

Harapan Ramadhan~

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid 
 
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
 
~semoga, di bulan Ramadhan al-Mubarak yang akan datang tidak lama lagi, kita semua dapat memperbaiki diri ke arah kebaikan, InsyaAllah... amin...

Friday, July 22, 2011

Kenangan Di Bulan Puasa~

Tak sampai seminggu lagi, seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan al-mubarak,
bila aku dah berada di perantauan, berjauhan dengan keluarga,
teringat masa bulan puasa tahun-tahun lepas, 
bila bulan Ramadhan menjelang tiba, 
aku, dengan adik-adik aku, {haziq dan nabil}
ada tugasan istimewa, berbeza dengan bulan2 lain...
kami akan ber'gotong-royong',
membuat popia..
jangan tak percaya tau, adik2 aku tu reti buat popia,
sorang akan potong kentang, lobak, 
yang lain pulak gulung popia...
senang ceritanya, 'gotong-royong' buat popia goreng ini akan ada bila tiba bulan puasa,
bulan2 tak akan jumpa tau,
lagi satu, menu yang buatan sendiri yang special di bulan puasa ni adalah 'bergedil',
adik aku yang haziq tu memang suka sangat dengan dua2 menu ni,
mungkin sebab tu di rajin ke dapur bulan puasa ni,
kadang2 tu, aku dengan nabil akan ke bazar ramadhan,
saja je nak cuba2 makanan yang ada kat situ, 
selalunya naik motor jew, jalan sesak tu....
bila dah berbuka puasa, kami semua solat maghrib berjemaah sama2,
slps 2 siap2 nak pergi solat tarawikh,
selepas solat terawikh, kami balik rumah, pastu ada 'morey' pulak,
tau x morey tu pe?
morey ni, makan ulangan selepas solat terawikh,
makan lah lagi apa2 yang korang nak makan selagi mampu...hehe~
tapi, adik aku yang nabil ni pulak, dia suka pergi surau kat kampung,
bila orang tanya, kenapa suka pergi surau berbanding masjid?
dia jawab sebab ada morey...lar...
kalau kat surau ada morey, kat masjid x de...
sejak hari itu, kita orang yang lain selalu ingatkan dia tujuan kita pergi masjid/surau,
kadang2 berbuka puasa di kampung, sesekali temankan atuk,nenek,embah...
memang meriahlah walaupun kami ni bukanlah ramai mana,

masa yang lalu tidak mungkin dapat diputarkan kembali, 
semuanya akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku,
bila teringatkan semua tu, sayu rasanya hati ini...
tapi, aku kena kuatkan semangat, sebab aku ada matlamat untuk dicapai disini,
ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini untuk menghadapi segala dugaanmu...amin..~



Istimewa Saat Ramadhan

www.iluvislam.com
ct islam
Editor: afdhal87

Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.


 
Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.

1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.

2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.

4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.

Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.

Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.

Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)

Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.

Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.
 

Diperolehi daripada :
iluvislam.com

Thursday, July 14, 2011

mY nEw FriEnDs (^_*)~

now, i'm staying here
i get to know many new friends
a few weeks ago, we went to "a lake"
haha...it's far away...thousand mile from our college...
it will take a few day to get there..
so, after a week struggle for quiz, tutorial, study..
we went there to have some relax
we get to know more about each other,
here we are
we are six members all together
i want to introduce my new roomate
from left to the right
the girls in green t-shirt, amirah
she is studying in accounting course
next is ain,
she is taking the medic course,
next is fatin, 
she is taking accounting course just like amirah,
next is aliya,
she is taking medic course same like ain,
one of my roomate is not in this picture is afiqah, 
she had some discussion with her friends,
and she is studying in science and technology course,
although we come from different course, 
but we can cooperate in our studying...
hopefully, we will excel in our study..insyaallah~
pray for all of us ya!!


 


what is aliya looking for?? maybe she had found golden fish...



Friday, July 1, 2011

I MiSs it vErY mUcH!

oh, i really miss it
i don't know how to express my feeling right now
it appears in my dream
the sound, the smell, the colour, the shape, I still remember all of that
somebody, please help me!!
haha....
[ just kidding, because i don't know how to write my intro ] 
i'm sorry~


it's have been too long not playing and practicing bowling with my lovely family
i'm not very sure whether I still remember the skills and technique or not
i hope that, i will not throw the ball into the drain
oh no!! so shame!!!

i don't know what had happened with my bowling shoe and ball
since i had left them about 3 months ago, [maybe lah]
i don't know whether the shoe still fit to my leg or not
i hope it will fit or else i must rent from the centre...hurm~
 
maybe i can spend some time either weekend or public holiday with my family
just to have some joy and fun
by playing bowling....
i hope so~

[ mom, dad, haziq and nabil, let's play bowling just like usual~ ]

Saturday, June 18, 2011

He iS mY SuPeRhErO!!!

dedikasi ini dibuat khas dan istimewa buat ayah tersayang, 
Halim bin Masri
tidak dapat kugambarkan betapa kasih nya aku pada ayah,
"Selamat Hari Bapa, ayah"
 gambar ketika di Pusat Sains Negara, haziq tiada dalam gambar sebab berada di asrama..~

little bit about my superhero,
he is a loving and caring person,
he cares about his family and ensure that we always feel comfortable,
very discipline person and wants his childrens to be discipline too,
always available for his family,
especially in giving opinions and suggestion,
he is sporting too, as he knows what his childrens want,
harworking and of course he is handsome...haha~
[don't be jealousy yeah!~]

lagu nasyid ini dipilih sempena sambutan "Hari Bapa".
Bukan bererti hanya sehari mahupun sebulan itu hari bapa, tetapi setiap hari,
dan sebagai anak, kita wajib menyayangi bapa kita selagi hayat dikandung badan.
Hayati dan renungilah lagu ini...~
selamat berhibur..

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Chorus

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Ulang Chorus

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Ulang Chorus

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

Sunday, June 12, 2011

aLaHai BaS~

kali ni, post ini adalah mengenai bas. Bas?? Tak percaya ke? Memang macam biasa2 je, tp ini adalah pengalaman aku dgn kawan2 menaiki bas untuk ke kampus. Macam2 ragam dan peristiwa yang terjadi. 


Kes I
kami semua, pelajar2 tamhidi usim ni perlu menaiki bas untuk ke kampus memandangkan jaraknya yang agak jauh. Kalau berjalan kaki, mungkin seharian baru boleh sampai kot....kalau menaiki kenderaan, cuma 15minit kerana jaraknya adalah lebih kurang 10km.
 disebabkan masing2 nak mengejar masa, jadi semuanya berebut-rebut nak naik bas. bayangkan lah, masing2 dah bergelar mahasiswi, tetapi masih berebut-rebut nak naik bas. malu giler lah kalau ada budak sekolah rendah yang tengok...mesti dia orang pelik giler sebab nyer, cikgu2 kat sekolah semua ajar suruh beratur kalau nak naik bas.....hahaha!!!

Kes II
kejadian ini berlaku pada kawan aku, semasa hendak berebut-rebut naik bas sebab nak dapatkan tempat duduk tu, ada lah pulak yang tercicir sebelah kasut semasa nak naik bas....
cuba bayangkan, time tengah bersesak-sesak kat depan pintu bas tu, kasut sebelah tercabut,
macam mana nak ambil....???
mangsa kejadian menceritakan, dia main raba2 je nak cari kasut dia tu, pastu tak sempat pakai dah terus naik ke bas, kiranya dia nak bas dengan sebelah kasut jer, satu lagi kasut yang tercicir tu dipegang jew...hahaha!!!
macam2....kesian aku dengar ceritanya, dah lah orang nyer comel jew..nasib baik tak kena pijak dengan orang.....

Kes III
masih juga cerita berebut-rebut bas, tapi semasa kejadian ini berlaku semasa kami hendak pulang dari kampus ke kolej kediaman....semasa menunggu bas di 'bus stop', dari jauh kami dapat nampak bas yang sedang dalam perjalanan, 
kami dah bersedia berdiri tepi jalan tambahan pula masa tu tak ramai yang sedang menunggu bas,
setelah kami dapat tempat duduk dalam bas
[gembira betul dapat tempat duduk, lebih2 lagi Una]
tiba2, ada seorang akak ni ckp :-

"dik, ini bas nak ke kolej kediaman 1 lah"

rupa2 nyer kami salah bas, bas yang sepatutnya kami naik tertulis 'nilam' di pintu bas....
sebab kami tinggal di kolej nilam.....
pastu akak lain pulak cakap,

"patutlah macam ramai sangat"

kami dengan muka yang sanagt malu, turun dari bas...
malu yang tidak terhingga...
tak tau mana nak letak muka masa tu,
sebelum turun dari bas, aku dengar ada seorang akak cakap, 

"takpe dik, dulu akak pun salah bas jugak.."

turun je dari bas, kami ketawa tak henti2...
mengenang peristiwa yg sungguh memalukan itu, 
sejak dari peristiwa itu, kami begitu peka dengan bas yang datang,
takut kejadian yang sama berulang lagi,
betullah kata pepatah, pengalaman itu adalah guru yang terbaik!!!

TaBiK PaK CiK!!~

gambar bas USIM yang diperolehi dari internet

Pagi tadi, aku, Husna dan Shahidah berkumpul untuk menunggu bas ke USIM pada jam 7.15pagi. Memang agak lewat berbandnig hari biasa memandangkan hari ini kami hanya akan ada kelas pada jam 1.30tengahari.
Lebih kurang pukul 7.30pagi. Bas yang ke lima mula bertolak setelah disumbat padat [macam tahu sumbat] dengan pelajar-pelajar Tamhidi. Jadi, aku, Husna dan Shahidah tidak dapat pergi waktu itu dan kami terpaksa menunggu bas lain untuk ke USIM bagi trip kedua. Punyalah lama kami menunggu. Sampai lenguh kaki berdiri, kami bercangkung. Penat bercangkung, kami berdiri. Begitulah yang berlaku sehingga jam menunjukkan pukul 8.00pagi,  barulah bas USIM tiba.

Aku dan Husna berjaya mendapatkan tempat duduk, betul-betul belakang dengan tempat duduk pemandu bas. [terasa bangga bila dapat duduk dalam bas bak kata Husna, haha!!!] Sebaik sahaja bas mula bergerak, keluarlah butir bicara dari mulut pak cik bas. Aku teruja tak terkata. Pak cik bas yang mungkin berpangkat datuk dan sudah putih rambutnya boleh bercakap dalam bahasa orang putih dengan lancar [walaupun hanya ‘english communication’ yang biasa].

“Have you get your breakfast?”
“Are you wake up late?”

Itulah antara yang aku ingat. Bukan sahaja nampak prihatin tetapi lucu juga pak cik bas itu. Pagi-pagi lagi dah menceriakan hari aku. Berdekah-dekah aku dengan Husna ketawa melihat karenah pak cik bas itu.
Sebaik sahaja tiba di destinasi kami, pelajar-pelajar pun turun dari bas. Tatkala pelajar mengucapkan terima kasih, pak cik bas tu pun cakap, “Alhamdulillah, alright!” See! Aku memeng respect lah dengan pak cik itu. Pak cik tersebut telah berjaya membuktikan bahawa semua lapisan masyarakat mampu menguasai bahasa tersebut.

Friday, May 20, 2011

DiALaH sAnG jUaRa!

baru2 ni, telah diadakan Kemahiran Amal Islami peringkat daerah,
seorang pelajar sekolah KAFAi Tmn Sri Indah,
telah berjaya mendapat tempat pertama,
dalam kategori bercerita kisah dari al-quran,
yg bertajuk "wanita unggul bernama maryam",
sekaligus mewakili daerah sabak bernam ke peringkat negeri,
petah berkata-kata, berperwatakan menarik,
dia adalah Che Muhd Daniel Adry bin Che Ros
pelajar berumur 9tahun,
Tahniah! diucapkan..
teruskan kejayaan anda di masa hadapan...

 menyampaikan persembahan dengan sepenuh hati...
 majlis penyampaian hadiah..~
korang nampak tak alat bantu persembahan kat kanan n kiri budak ni,
hah..ak lah yg wat tu..
sambil dok umah, wat keje part time~
alhamdulillah, menang....cayalahhh!!
hehe~
hah! lagi satu cerita, pada hari yang sama daniel ni bertanding peringkat daerah,
[masa tu dia dpt undian yg pertama]
lepas je wat persembahan, mak dia terus bawa dia balik,
[hadiah dia yg bercerita amal islami tu pun guru pengiring nyer yg ambilkan]
rupa2 nyer, dia terlibat dgn pertandingan bercerita kat tonggak 10 pula,
dah, alhamdulillah daniel dapat tempat pertama juga,
tahniah! tahniah! tahniah!
dapat rm300 dan trofi, hebat!!

I jUsT wAnT tO WiSh GoOd LuCk~

right now, i'm feel very tired sleepy, but i just want to say,
"good luck"
to all my friends...

ak tau, korng ada yg nk daftar 23 mei ni, 1jun, 20jun,
bila2 pun, ak x kisah,
ak akan ingat kenangan sepanjang persahabatan kita,
aku doakan, kita semua sama2 berjaya di dunia dan di akhirat, 
dapat mencapai cita-cita, 
dan dapat menggembirakan kedua ibu bapa,

ak ada terbaca satu kata-kata tu yg berbunyi seperti,
"biarlah ibu bapa kita menangis kerana melihat kejayaan kita, jangan biarkan mereka menangis kerana sedih melihat tingkah laku kita"..
sekadar renungan untuk ak dan kawan2 semua....
selamat malam~

Monday, May 9, 2011

SoRrY yEa~

maaflah sangat2 coz dah lama x post cerita baru...
akhir2 ni, busy skit..
[ konon nyer lah ]

post ini aku tulis just nak ckp,
" I'm sorry.."
hehe..~

cerita baru, cerita sedih, cerita best tu sume ade...
cume nk curik skit time nak mengarang tu yg x sempat..
tp, ak akn cube utk luangkn lebih skit masa lg...
utk my frenz~ hehe...

Monday, April 25, 2011

PeStA bUkU aNtArAbAnGsA kL!!

hari nie, baru je lepas pergi pesta buku,
cadang nyer, x nak pergi hari sabtu ataupun ahad, coz dah yakin sangat, mesti ramai GILER orang nyer
ye lah, nama pun "Pesta Buku Antarabangsa"
semua pelusuk orang datang ramai2 sini, beli buku dengan harga yang MURAH!!

Gerak dari bukit raja, lebih kurang pukul 8.00pagi
Pastu sarapan kat seksyen…berapa ek? Lupe lah plak, tapi gerai yang ada nasi lemak paling laris tu
Selepas sarapan, gerak ke seksyen 24, sebab ada akak sedara nak join sekali, ramai2 lagi best!!
Kita orang sampai kat PWTC pukul 10.00pagi [tepat2  time mula beroperasi]
Cari parking kereta punye lah susah..ramai GILER orang..!!
Nasib baik ada rezeki, tapi agak jauh dari tangga, takpe lah..jauh sikit, excersice~ [cewah!!]
Jumpe tangga, naiklah…
Rupe-rupenyer, tangga tu betul2 belakang stage utama…
Haha! Nasib baik tak salah jalan…
Terus kita orang gerak ke dewan penerbitan PTS, sebab tu yang paling dekat masa tu,
Di dewan PTS ni, aku tak de nak cari apa2 lagi, just usha2 jew..
 ..: ini buku yang ibu pilih di dewan PTS, lepas ni, bleh la masak mcm2 lg...huhu :..

Dah habis ronda2 dalam dewan tu, kita orang keluar dewan, cari peta..
Takkan lah nak ronda2 semua tanpa tujuan, lenguh kaki tu..~
Cari peta, lokasi karangkraf, alaf21 n buku prima, sebabnyer sebelum tu aku dah usha kat internet dulu, pakej ape yang ditawarkan, senang lah nak buat pilihan sikit,
Time nak masuk dewan karangkraf, ada sorang mamat yang jaga pintu masuk utama tu, ayat dia memang kelakar lah pada fikiran aku,
“ha…mari2, sini….cer tengok, cer tengok ada apa kat dalam dewan karangkraf” siap buat dengan gaya usop wilcha lagi…
Memang dahsyat lah, penangan si usop wilcha ni…
Kebetulan tengah belek2 novel tu, rupa-rupanyer, kat sebelah aku tu meja Dr Hm Tuah..korang kenal tak??
Tapi, masalah nyer, time tu aku tak bawak kamera, hp plak time tu lah nak habis bateri..hish!! sabor je la..
Lepas dah bayar semua buku2 tu, kita orang nak keluar dari dewan karangkraf, berselisih pulak dengan eric leong,
Eric leong masa tu baru dating, dia nak buat perasmian buku nyer yang baru,
Just dapat tengok sekali lalu jew….
Keluar dari dewan tu, terdengar pula lagu nasyid, tengok lah dekat pentas utama tadi….
Pergh!! Ada kumpulan rabbani pulak~ tengah buat persembahan,
 ..: ini pula, aku yang pilih, aku beli pakej 3 buah dapat harga promosi RM50:..

kemudian, kami pergi ke pesta buku di ruang legar, terbitan telaga biru..
..:majalah solusi dan buku 'palestin, kami datang':..

aku beli buku 'palestin kami datang' tu sebab aku tertarik dengan tajuk dan sinopsis yang dia tulis
menceritakan pengalaman2 org yang berada di kapal mavi marmara ketika diserang...
wah!! tak sabar nak baca... [teruja]

next, sebelum nak balik, saje2 nak tingkat atas...ronda2~
singgah pula ke booth Fargoes [betol ke ejaan nyer?]...
beli buku latihan untuk budak2 sekolah KAFA dan SRA....
senang nak bagi latihan, tinggal fotostat jew...~
..:buku latihan KAFA, beli 5buah buku dengan harga RM15,murah kan?:..

hmm, lupe plak..sebelum tu, singgah dulu di booth gempak starz,
adik aku tu lah yang beriya-iya sangat nak pergi,
aku temankan je lah...takkan nak suruh dia pergi sorang2...hilang nanti, sape yang susah~
sekali nyer, dah di bagi duit, dia nak borong banyak2...
bertuah punye budak!! hish!!
nasib baik aku check dulu pe yang dia nak beli, kalo tak, tak cukup lah duit nyer...huhu
kat booth ni plak, beli mana2 tiga komik, dapat 1beg percuma,
tak pasal2, dapat dua beg percuma, paham2 lah...berapa banyak dia beli...
..:ni beg percuma tu, ada dua pilihan jew:..

..:ini plak, di antara komik yang dia pilih, percuma 1 fail plastik:..

sedar tak sedar, banyak jugak ek, kita orang borong kat gedung ilmu tu...huhu~

kepada sesiapa yang nak borong buku dgn harga yang sangat istimewa, silalah ke psesta buku antarabangsa kl, memang berbaloi...cewah!! siap tolong promosi lagi...pastu, boleh lah bagi aku pinjam, sebab nyer, sharing is caring~ haha..bye~

Monday, April 18, 2011

InTErVieW Is DoNe!!!


hri ni ak dh alami satu lagi pengalaman yg 'baru'. mmg x leh nk di gmbrkan perasaan mse tu. 
"gemuruh+cuak+takut=berdebar"
haha...
naseb baik ak dpt interview kt tmpat yg sme, mase yg sme, course yg sme dgn classmate ak...
mesti korng jelez kn...
hurm...
rezeki kita org nak dpt sme....
result spm pon sme....
bak kte syeda, "sehati sejiwa", huhu~
hri interview adalah hri isnin jam 8 pagi..
huh?? biar benor..awal pg tu...
nk gerak dr sg besar kew? pkol bape?
so, ayh ak rent hotel kt area situ, 
nme hotel nyer "seri cempaka"
memang berseri-seri pown...haha!!
bilik nyer ok, cantik, selesa, menarik, 
"cantik, menarik, tertarik, da bommmm!!!"
[boleh la nak buat lelap mata utk satu malam...]
pe yg ak nk cerita, adalah masa yg aku lalui sebelum n selepas interview tu...
korng mesti tau kn mcm mne 'perasaan' nk hadapi detik2 mcm tu...
korng mesti dh pakar punye...[ agak nyer lah ]
pg tu, hujan renyai2...
kalo jln kat kl nji, phm2 lah...lg2 kalo dh hujan camtu.....
lebih2 lg time org nk g kerja, pagi tu...
tp, alhamdulillah...jln ak nak g tu x jem sgt...
okay jew..." line clear"
ak smpi ak "ipg kampus teknik" lebih kurng pkul 7.40..coz dlm surat tu tulis kene hdir 30 minit lebih awal sebelum masa temuduga bermula....
ak jumpe mcm2 jenis org, dgn gaya masing2...
pergh!! [hebat lah dia org ni, tp dlm hati jew]
kami di kumpulkn dlm satu bilik mesyuarat coz kte nyer...
'maaf lah ye, sebab pihak kami dpt inform lambat, so bilik pon x sediakan lagi'
so nyer, kami pown tunggu lah kat situ...
sambil ak tgh tunggu izzati [classmate] ak, ak dpt kwn2 baru...
tiba2 ak dgr dia sembang dgn sape ak x prasan, tp yg penting dia ada ckp psl gmbr saiz pasport...
huh?? gmbr???
alamak!!!! ak lupe....~ mcm mne ni???
ak dh menggelabah [ dlm hati jew ]...tp ak still nmpk cool~
ak slongkar dompet ak...
fuh!!! lega x terkata, jumpe sekeping....
alhamdulillah..
then, dgn sepantas yg boleh, ak stepler kat borng tu...see.."stapler"..haha!!
x lame tu, org yg ditunggu2 pown smpai...
having some chit chat here and there to release our nervous...
haha~
then, org yg bertugas tu panggil, 'sape yg nombor 'A'.... [tgk pd surat]
kami lah tu...
kami ni kire nyer, giliran yg first...pergh!!!
dh smpai bilik temuduga, org tu [pensyarah kowt] sediakan kerusi...ada 6 org jew calon2 nyer...
[ yazid, faiz, akmal, nadiah, zati, aku ]
tunggu, tunggu, wait, wait, tunggu~
sampai pkul 9.20, org tu panggil utk ujian INSAK...
ujian bertulis yg mengandungi 135 soalan dan perlu dijawab dlm masa HANYA 30 minit sahaja....
serious??? what???
jgn la terkejut sgt...haha~
soalan nyer cam peksa dulu...cume ada dua pilihan jwpn jew...
' ya / tidak '
pilih lah mne yg sesuai....
then, kita org kene tunggu kat luar semula utk temuduga berkumpulan plak..
tajuk yg kita org dpt masa tu 'gerak kerja ko-kurikulum'
semua ahli kumpulan okay, kami bekerjasama!!
then, keluar lagi...tunggu utk temuduga individu plak...
----------
okay, lastly the interview is finish!!
semoga, hasilnya positif, amin....~
[aminkan ramai2..]

pesanan terakhir :
jangan buat preparation LAST MINUTE!!!

Friday, April 8, 2011

Sedih lar..



Selepas semalaman aku x jumpe dgn Comey, baru pagi ni aku nampak dia. Dia dah selamat beranak, aku rasa..sebab badan dia dah nampak kurus, lain dari hari sebelumnya. Aku akan ingat tarikh 7 April ni, sebab aku dah dapat kawan2 baru lagi....tp agak kecewa n sedih skit~

Semalam,[ masa hari Khamis] pagi tu, Nabil buka pintu rumah, nak pergi sekolah macam biasa....dari bilik aku [bilik aku terletak jauh dari pintu utama] aku boleh dengar kucing tu mengiau...kuat sangat [aku tertanya-tanya gak, nape??] tapi, aku buat biasa jew...aku ingatkan bila dah senyap tu sebab Nabil dah bagi makan, rupe nyer Comey bagi hint yang dia dah nak beranak....argh!!! sedihnya..nape lah aku tak perasan [peka]....

Tapi, ibu cakap, cuba cakap2 dgn Comey, mungkin dia boleh faham.....so, aku pon cuba lah, aku harap sangat Comey datang sini lagi dan bawa anak2 dia yang 'extra comey'.....[please...]~

Sunday, April 3, 2011

Masa lapang, oh masa lapang!!

Memandangkan sekarang ni aku kekurangan kerja untuk memenuhi masa lapang, so nya aku buat sesuatu yang baru. Aku ni sebenarnya suka untuk mencuba sesuatu yang baru. Ye lah, untuk mengelakkan daripada membazirkan masa. [masa tu kan emas] Tambahan pula, membazir itu kan amalan syaitan. Inilah aktiviti aku dalam masa terdekat ni.

Coklat homemade. Cara nak buat nya tak lah sesusah mana. Senang jew. [ceh, macam berlagak pula] Taklah, aku nak cerita yang cara nak buat coklat homemade ni memang senang. Sesape yang nak cuba, boleh lah cuba.
 kali ini saya gunakan coklat jenis dark~
 mencairkan coklat menggunakan kaedah double boiler~
 badam hancur yang telah dibakar untuk diletakkan dalam coklat~ [yummy!]

p/s:gambar coklat yang telah siap saya belum capture lagi, sorry!