Sunday, February 19, 2017

X ARMY 8318 Houseboat Tasik Kenyir


enjoy watching with HD resolution ya!

Tuesday, February 14, 2017

Sekinchan : Memories are special moments that tell our story.

"Sometimes you will never know the value of a moment until it become a memory"

memandangkan cuti umum Hari Thaipusam cuma satu hari, so kami plan short trip ke Sekinchan, Selangor. sebenarrnya dah lama jadi penduduk negeri Selangor (24 tahun), tetapi masih banyak tempat2 yang belum habis dilawati lagi. tambahan pula disebabkan mata wang ringgit sekarang ini tidak begitu cantik, jadi plan nak ke oversea tu, ditangguhkan dahulu. yang penting, hati happy!

perjalanan bermula pada jam 8.30 pagi dari Bukit Beruntung melalui Bukit Tagar ke Tanjung Karang.
kami berkumpul di Petronas Tanjung Karang lebih kurang jam 9.30 pagi. 

aktiviti pertama adalah ronda2 di sekeliling sawah pagi. untuk aktiviti ini, korang boleh sewa basikal di pekan Sekinchan. aneka jenis basikal disediakan untuk disewa. kalau yang seperti di gambar ini, yang berwarna merah itu boleh memuatkan 4 orang dewasa ( 4 orang pengayuh ) serta 1 orang kanak-kanak ( penumpang ). harga untuk basikal merah itu adalah RM50 untuk satu jam, dan percuma 1/2 jam. untuk basikal hijau itu, harganya RM30. 

kebetulan kami pergi sewaktu musim menuai, jadi kami tidak berpeluang untuk melihat kehijauan sawah padi. dan lebih sedihnya lagi, waktu kami mengayuh basikal ini ketika matahari sedang terik ( dalam 10.30 pagi -11.30 pagi ). sebaiknya sebelum pergi ke sini, pastikan korang datang ketika musim padi menghijau. kalau tidak, rugilah datang jauh2, tapi tak dapat pemandangan yang best! penting untuk korang bawak air yang mencukupi sebab konfirm korang akan rasa dahaga! korang nak kayuh basikal ini sejauh mana tak kisah, asalkan korang pulangkan basikal ini semula pada waktu yang ditetapkan. 


dalam perjalanan mengayuh basikal ini, korang boleh berhenti di mana2 yang korang rasa nak berhenti. inilah tempat perhentian pertama kami, AH MA HOUSE.
ah ma ini bermaksud datuk/nenek kalau tidak silap. 


di sini, terdapat banyak barang2 lama / barang2 antik yang dipamerkan seperti telefon dan kamera lama


radio lama



televisyen lama




siapa yang pernah main belon ini masa kecil2 dulu ? gula2 zaman kanak2 dulu pun ada dijual di sini


selepas singgah sebentar di sini, kami meneruskan kayuhan ke destinasi seterusnya iaitu  Paddy Gallery / kilang beras. tetapi, kami tak masuk pada masa itu kerana kesuntukan masa untuk memulangkan basikal. jadi, kami berpatah balik ke pekan sekinchan, dan datang semula ke kilang beras dengan menaiki kereta. 


bayaran masuk ke kilang beras ini adalah RM5 untuk seorang dewasa, dan dengan setiap pembelian tiket, korang boleh tebus satu pek beras percuma.

dalam kilang beras ini, ada disediakan tayangan tentang cara memproses padi daripada benih dan seterusnya menjadi nasi yang dimakan. terdapat seorang jurupandu yang akan menerangkan serba sedikit situasi di dalam kilang tersebut. 



selepas sudah habis bergambar dan pusing2 dalam kawasan galeri beras, bolehlah singgah di kedai cenderahati. macam2 produk dijual disitu yang kebanyakkannya berasaskan beras. 

selepas dari galeri beras, singgah pula di PadiBox. PadiBox ini sebenarnya homestay yang berbentuk kabin, dan sekitarnya adalah sawah padi. kalau datang semasa musim padi menghijau, memang awesome!

gambar bas di bawah ini sebenarnya adalah kafe. ala2 kafe hipstur. malangnya, kami tak dapat masuk ke dalam kafe itu kerana mereka sedang bercuti. sedih! dapat bergambar sahaja lah..




ruang santai yang terdapat di PadiBox. ruangan ini khas untuk tetamu yang menginap di PadiBox ini sahaja. 



selepas PadiBox, kami singgah ke 3D Art Gallery. bayaran tiket untuk dewasa adalah RM 12. 


contoh2 hasil gambar di 3D Art Gallery. be kreatif! hahaha...


ekspresi muka dan gaya itu penting. kalau tidak, rugilah korang bayar RM 12 nak masuk galeri ini. huhu..


ini gambar di atas bangunan 3D Art Gallery. yeay!


selepas dah penat ronda2, perut pon lapar. jadi, singgah makan di Raja Cendol Gula Melaka. masakan berlauk di sini biasa2 sahaja. menu istimewa, tentulah cendol nya. aneka jenis cendol disediakan. tetapi, gambar cendol tak ada, sebab lupa nak ambil gambar. dah laparrr...hahaha


sekian sahaja coretan sekitar one day trip di Sekinchan. ke mana kah kita selepas ini? nantikan.. 

Sunday, February 5, 2017

Believe in yourself a little more.

"Be strong when you are weak, brave when you are scared and humble when you are victorious." 

ok, ini rasanya post terakhir berkenaan JJMA di Terengganu.
post terakhir ini berkisar hari terakhir kami berada di Terengganu.
misi kami adalah untuk ronda2 disekitar Kuala Teregganu.

pagi, selepas sarapan di Kedai Makan Bibi Ana, kami ke Pasar Payang.
Pasar Payang ini adalah antara tempat yang popular bila ke Kuala Terengganu.
kalau nak cari baju batik, keropok, cenderahati dari Terengganu, bolehlah cari di sini.
aneka pilihan ada di sini.


telur penyu antara makanan yang banyak di jual di Pasar Payang



situasi di Pasar Payang. aku tak boleh tahan lama2 dalam ini. panas. rasa tak ada oksigen nak bernafas. setakat beli keropok 2kg, masih boleh tahan lagi. fuhhhh....



jom sokong produk tempatan Malaysia.


keropok mentah, boleh dibeli sama ada yang sudah siap packing ataupun belum packing


selepas dari Pasar Payang, perancangan awal kami mahu singgah di street art ChinaTown. tetapi kami kesuntukkan masa. jadi, kami terus ke destinasi seterusnya Taman Tamadun Islam.
sejujurnya, laluan kereta di sekitar Pasar Payang ini sangat2 lah sesak.
dan lebih menyedihkan lagi, kami menerima sepucuk surat cinta daripada penguasa tempatan kerana tidak memasukkan duit syiling di kawasan parking kereta.
sedangkan, mesin duit syiling itu yang rosak.
dalam keterpaksaan, bayarlah juga.


bagi aku sendiri, aku kurang tertarik untuk membeli belah pakaian2 ataupun cenderahati di Pasar Payang. apa yang lebih menarik perhatian aku adalah kepelbagaian aktiviti masyarakat di sekitarnya. secara tidak langsung, aku sedar diri dan bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang ini. orang cakap, ketika bermusafir inilah kita dapat melihat dunia luar, dan belajar daripadanya supaya permusafiran itu tidak menjadi sia-sia.


aktiviti menampal batu2 permata di baju batik


seorang pemuda berkerusi roda, bermain seruling di kaki lima demi mencari rezeki


seorang pakcik berjalan-jalan sendirian di sekitar Pasar Payang, tanpa memakai alas kaki.

jujur, foto ini yang paling mendalam maksudnya, sedih dan sayu dalam hati. lebih2 lagi sekarang ini isu anak2 ramai yang tidak mampu menjaga ibubapanya sedang tular di media sosial. moga2 kita dijauhkan dari bersikap begini terhadap ibubapa kita.

destinasi seterusnya adalah Taman Tamadun Islam.
sebenarnya, kita orang dah pernah pergi TTI ni sebelum ini. kiranya ini kali kedua kalau tidak silap.
kali pertama pergi hari itu, kami datang semasa TTI ini sudah hampir nak tutup operasi.
so nya, tak habis pusing semua tempat sebab kita orang cepat2 nak habiskan lawatan.
datang kali kedua ini, dengan harapan dapatlah something new untuk trip kali ini.
tetapi, hampeh!


pintu masuk Taman Monumen TTI.
nak masuk, kena beli tiket dan dapatkan 'pasport' sebab kita akan menjelajah seluruh dunia untuk melihat replika binaan masjid.


hargaa tiket dan waktu operasi. semasa nak beli tiket ini, tak perlu beratur panjang pun sebab tak ramai orang walaupun kami datang semasa cuti umum. fikir2 kan sebabnya..hurm..


ini pula kioks jualan untuk tiket tram.
tiket tram dijual berasingan dengan tiker masuk.
sesiapa yang rasa sanggup nak berjalan kaki di panas terik untuk keliling kawasan taman monumen ini dipersilakan. hehu..
kami sepakat untuk menaiki tram dengan bayaran RM 5.50 seorang.
ada juga pilihan lain selain tram seperti basikal dan bauggy. tetapi harga untuk setiap satu itu berbeza.


Taj Mahal, Agra, India


Masjid Badshaahi, Lahore, Pakistan


kubah As-Sakhrah, Baitul Muqaddis, Palestin
di bangunan ini, disediakan tayangan multimedia berkenaan sejarah berkaitan bangunan tersebut. dan cuma di sini sahaja tayangan multimedia itu masih beroperasi. ada dua tayangan yang kami tak dapat tonton sebab bangunan dalam pembaikan. sedih!



Masjid Sammara, Iraq


Masjid Al-Haram, Mekah, Arab Saudi



Masjid Alabaster / Masjid Mohamed Ali, Mesir (kalau tak silap sebab tak ingat)


kedai cenderamata, taman monumen

setiap pembelian tiket masuk ke taman monumen, akan diberikan baucer makan dan baucer barangan. jadi, baucer barangan itu bolehlah digunakan di kedai cenderamata ini. boleh gabungkan baucer. rugilah kalau tidak digunakan.

selepas selesai di taman monumen, kami singgah di Masjid Kristal untuk solat jamak taqdim. sebelum2 ini, apabila pergi terengganu, pernah singgah di masjid ini, tetapi tidak pernah masuk ke ruang solat sebab kami dah solat terlebih dahulu di hentian lain.
kekecewaan kami tidak berakhir di taman monumen apabila masjid kristal ini juga indah khabar dari rupa.



keadaan dalam masjid kristal ini sudah uzur. silingnya pecah sana sini. siap ada besen lagi di ruang solat untuk tadah air yang menitik. sedih apabila melihat keadaan masjid begitu.


mungkin perkara sebegini perlu diberikan perhatian lebih oleh pihak pengurusan, lebih2 lagi apabila slogan "Tahun Melawat Terengganu" di laungkan.

selepas selesai solat, kita orang cari tempat untuk makan tengahari. sebenarnya kami dah terlewat untuk makan tengahari. hampir pukul 3 petang kalau tidak silap. dicari apabila tiba di terengganu tentulah ICT dan SCT.

jangan salah faham. ICT ini bukanllah tempat seperti i-City Shah Alam itu. tetapi merujuk kepada IKAN CELUP TEPUNG dan SOTONG CELUP TEPUNG.



gambar sotong celup tepung tak ada sebab dah licin. tinggal pinggan sahaja. hehehehe..
sedap weyh makan panas2. nak cari ikan/sotong celup tepung ini tak susah di restoran tepi pantai. sama ada sedap ataupun tidak, itu nasib masing2.


apabila perut dah kenyang, hati pun senang. jadi, sebelum perjalanan pulang ke rumah, kami singgah dulu di kilang keropok lekor yang dikatakan popular.



mungkin ada benarnya apabila kilang keropok lekor ini dikatakan popular, sebab nak beli keropok lekor rebus pun kena ambil nombor giliran. iya! ini serius. nombor giliran yang macam di klinik ataupun pejabat pos itu.


kita orang kena menunggu 20 nombor di depan. sabarrrrr.....
sambil menunggu, boleh beli keropok lekor untuk makan di situ.
antara yang menjadi daya tarikan kedai ini adalah Keropok Lekor Cheezy kalau tak silap.
keropok lekor itu dibuat seperti bentuk meatball, dan dalamnya ada cheese.
mungkin peminat2 cheese boleh cuba.

dah siap bungkus, kita orang pun memulakan perjalanan pulang ke rumah masing2. apabila perjalanan jauh ini, fizikal dan mental harus kuat. aku sendiri dalam kereta dah hanyut dah petang ke malam. penat. mujurlah ada tiga pemandu lelaki yang gagah perkasa.

sekian sahaja coretan kisah percutian kali ini.
teruskan membaca post2 akan datang.

salam sayang,
syairah akmal