Tuesday, January 31, 2017

Difficult roads often lead to beautiful destinations.

"Enjoy the little things in life, because one day you will look back, and realize they were the big things."

*harap-harapnya dapat tulis sampai tamat*

cuti tahun baru cina kali ini diberi nama
"JJMA Kenyir to Terengganu"

trip kali ini sebenarnya sudah lama dirancang. sejak akhir tahun 2016 lagi kalau tak silap. 
dan trip ini juga hampir-hampir mahu dibatalkan di saat-saat akhir disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu. hujan lebat, banjir besar dan tanah runtuh yang melanda pantai timur khususnya membuatkan semua ahli trip berfikir banyak kali sama ada mahu meneruskan plan ini ataupun mahu menundanya. 

kalau terpaksa tunda, terpaksalah 'burn' deposit yang telah dibayar. kalau terpaksa tunda ke tarikh lain, belum tentu lagi semua ahli dapat tarikh yang semuanya cuti serentak. 
alhamdulillah, trip berjalan dengan lancar dan jayanya. cuaca pun sangat baik cuma sesekali hujan di dalam perjalanan. yeay!
  

untuk rujukan para pembaca, berikut adalah tentatif JJMA kali ini,
Jalan-Jalan Makan  Angin CNY 2017

Tentatif program Houseboat Kenyir to Kuala Terengganu

27.01.2017 ( Jumaat )
10.30pm - berkumpul di Petron berkembar petronas Bukit Beruntung
10.45pm - Rolling
Bukit Beruntung - Batang kali - Genting Highlands - R&R Genting sempah  
11.45 - 12.00 - Rolling

28.01.2017 ( Sabtu )
6.00am - ETA : R&R Gambang ( mandi / solat / b.fast )
7.00am - Rolling 
Bukit Besi - LPT 2
11.00am - ETA Kuala Berang
12.00am - ETA Jeti P.Gawi (load barang-barang)
12.30pm - boating bersama X- Army 8318 houseboat
12.30pm - check in room (R&R)
1.00pm - lunch pack
2.00pm - solat & Rehat
3.00pm - Boating (TBA)
Lokasi : Tmn Herba / Tmn Rama-Rama / Tmn Orkid
6.00pm - Boating (mandi/solat)
6.30pm - prepare dinner 
Menu (TBA)
7.30pm - solat 
8.00pm - dinner time
9.00pm - free & easy ( Karaoke / memancing / bbq ) 
11.00pm - :zzz::zzz::zzz

29.01.2017 ( Ahad )
6.00am - mandi/solat
6.30am - prepare b/f 
Menu :-
Nasi grg 
Karipap/sandwich
Teh 0
7.30am - Sarapan 
8.30am - boating to Air Terjun Lasir 
Aktiviti pilihan :
mandi manda / jambatan gantung 
11.30am - boating
Prepare lunch (Menu TBA)
12.30pm - santapan tengahari 
1.30pm - solat / packing 
3.30pm - Tea time (Teh tarik / nugget / wedges )
4.30pm - ETA : Jeti P.Gawi
.30pm - Rolling to K.T ( 1 hour ) or K.Lumpur
7.00pm - ETA : check in 
" homestay Baitil Atiq "
7.30pm - mandi/solat
8.30pm - Jalan-Jalan Cari Malam
Lokasi pilihan 
1-Uptown kontena (dapur pata)
2-Nur Qaseh chicken chop
3-NR cafe (tomyam dlm kelapa)
10.00pm - JJMA
Lokasi pilihan
1- Pulau Warisan (Kg Cina / I-city)
2- TTI 
3- pantai BT Buruk 
12.00pm - Back to homestay

30.01.2017 ( Isnin )
6.00am - mandi/solat
7.00am - Panorama Pantai Tok Jembal / Pantai bt Buruk
7.30am - JJCM
Mak Ngah Nasi Dagang
8.30am - JJMA
Tmn Monumen
By Tram
By Cruise
By buggy
10.00am - JJAD - shopping
Lokasi cadangan : 1- Pasar Payang / 2-Complex Nur Arfa Batik
12.00pm - check out 
12.30pm -JJCM
Lokasi pilihan :1- Cendol champion / 2- Keropok Lekor BTB
2.00pm - solat zohor di Masjid Kristal
3.00pm - Roll to K.L

**ini adalah draft perjalanan sahaja. sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keadaan semasa**

Don't wait for the perfect moment. Take the moment and make it perfect. 


to be continued...

Friday, January 27, 2017

Monday, January 23, 2017

Harus Kuat

Image result for cekalkan hati quote


semasa masih dalam tempoh pengajian di IPT hari itu, ada seorang kawan ini, dia ajak pergi travel.
mengikut perancangan awal, nakpergi travel ke negara Eropah. 
pergh! angan-angan tinggi..
siapa yang tak teruja nak pergi negara orang, kan? 
tetapi, kewangan menjadi halangan ketika itu. 

kawan kongsikan tips menabung yang belum pernah diketahui di mana-mana. 
( mungkin tips ini dah viral, cuma aku sahaja yang tak tahu )
dia kata, kalau nak tabung itu cepat 'berisi', kena disiplin.
disiplin itu penting. 

dia cakap, kalau jumpa duit yang rare, kena terus simpan.
aku pon hairan. rare?
ha'ah, rare.
dia bagi contoh, kami sekrang berada di universiti.
so, kalau jumpa duit yang warna jarang jumpa, terus simpan. 
duit yang warna jarang jumpa ini merujuk kepada RM 5 (hijau), RM 20 (kuning). 
RM 1 (biru) ini warna yang biasanya memang akan dijumpai dalam purse seseorang yang bergelar student. hehehe.. faham2 la..

bila dah tahu tips itu, terus buat. 
setiap kali jumpa sahaja RM 5, terus asingkan dari purse. 
kumpulkan dalam satu tempat. 

sehinggalah masanya tiba nak book tiket flight, yang kononnya nak pergi travel tadi,
duit masih tak mencukupi. 
so, bila bincang2 balik, tak jadi pergi Eropah. tukar negara lain yang kosnya lebih rendah. 
bincang2, kata sepakat nak pergi Korea. 
malangnya, tak dapat green light dari parents pula. 
so, mereka sahaja yang pergi travel ke Korea itu, ala backpackers. 

tetapi, dapat merasa juga hasil simpanan tabung tadi itu,
apabila kami berjaya pergi ke Pulau Perhentian. 

sekarang, bila dah mula bekerja,
memasang impian di hati mahu upgrade simpanan memandangkan lebih banyak tanggungan yang perlu diselesaikan. 
kereta (sefivice, minyak, tol ), utiliti ( telefon, air, elektrik )
tambahan pula, sekarang ini semuanya naik harga.
*aku yang naik minyak!*

perancangan pada awal tahun 2017,
setiap kali dapat RM 5 DAN RM 20, terus asingkan dari purse. 
RM 5 itu masih boleh disiplin,
tetapi setiap kali nak asingkan RM 20 itu dari purse, pedih sahaja rasanya. 

macam mana tak pedih,
keluarkan dari purse, RM 50 nak bayar nasi kukus RM 5.
baki dapat RM 20 + RM 20 + RM 5. 
kalau semuanya masuk tabung, apa yang tinggal ? hua...
benda ini bukan terjadi sekali, tetapi berkali-kali.

kadang-kadang, langgar juga peraturan simpan RM 20 itu.
terguna untuk kelangsungan hidup hari berikutnya. 
hahaha...

serius, hati kena kuat nak buat benda ini.
memang susah, tetapi akhirnya Insyaallah berjaya!

aku harus kuat!

insan kuat,
syairah

Sunday, January 22, 2017

'Watermark' : Mudah dan Pantas

post ini di tulis sebaik sahaja selesai mencuba tips yang Mr Youtube ajarkan.
finally, setelah sekian lama buat kajian dan pembacaan,
jumpa juga cara yang paling mudah dan pantas untuk buat watermark pada gambar yang banyak. 

sebagai part time fotografer,
terlalu banyak gambar yang perlu diletakkan watermark sebagai kredit kepada diri sendiri.
jika menggunakan adobe photoshop untuk letakkan watermark tersebut satu per satu, memang tak sempat untuk kerja dateline. 

pernah juga terbaca post orang lain,
di mana mereka menggunakan adobe illustrator untuk buat watermark pada gambar yang banyak.
masalahnya, laptop sekarang ini tak ada adobe illustrator. 
nak install yang trial, tak best.

jadi, terjumpa video di youtube.
beliau hanya menggunakan adobe photoshop dan adobe bridge untuk buat watermark tersebut.
cara yang ditunjukkan juga sangat mudah difaham dan diikut.
akhirnya, masalah yang dihadapi berjaya diselesaikan.

jutaan terima kasih ditujukan kepada empunya video di youtube ini. 
so, disertakan juga link cara-cara untuk buat watermark tersebut. 

Good night,
syairah

Saturday, January 21, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

assalamualaikum

jika di kira2, hari ini sudah muka surat ke 21 untuk tahun 2017
sudah lama di tinggalkan 'laman maya' ini,
berhabuk sana sini.. hehehe


selamat tahun baru 2017
semoga tahun baru ini membawa sinar cahaya dan aura positif dalam meneruskan kehidupan. 

azam tahun 2016 macam mana ? dah selesai semuanya ?
alhamdulillah..
teruskan semangat positif itu hingga ke penghujung tahun 2017 ini dengan harapan semua azam 2017 akan tercapai dan terlaksana, Insyaallah..

ikhlas,
syairah

Saturday, January 14, 2017

Syaihan Pet TV : Episod 3


Episod ketiga Syaihan Pet TV sudah ada di Youtube Channel Syaihan Ent. Jadi tunggu apa lagi? Hanya lima langkah mudah,
" Watch, Comment, Like, Subscribe, and Share "


Episod ketiga ini menampilkan Fluffy buat pertama kalinya. Nak tahu apa terjadi kepada Fluffy? Tonton sehingga ke penghujungnya. Enjoy!