hey you!
"Take an irritant and transform it into something beautiful, just like an oyster takes an irritating grain of sand and makes it into a pearl."
ok, post kali ini nak kongsi pengalaman trip ke Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah
yang berlangsung pada 6 - 8 Oktober 2017
trip kali ini menggunakan perkhidmatan agen pelancongan Sabah, iaitu;
Adora Travel Tour Sdn Bhd
pakej dari Adora Travel termasuklah
pemandu dan pengangkutan di sabah, penginapan, tiket masuk ke tempat lawatan
boleh juga request kalau nak pakej include tiket sekali, tapi kami exclude tiket penerbangan.
perjalanan selama lebih kurang 2jam 15 min ini menyebabkan kami terpaksa add on makanan dalam penerbangan semasa dalam perjalanan dari kuala lumpur ke kota kinabalu.
dah la kami sekeluarga terlewat sampai di airport pagi itu, memang tak sempat nak suap apa2 makanan. so, beli makanan sikit, kongsi 5 orang untuk alas perut sebelum perut masuk angin.
jumlah keseluruhan tiket penerbangan pergi dan balik kuala lumpur dan kota kinabalu untuk 5 orang. ini dapat beli tiket semasa ada promo, dan kebetulan tarikh yang kita orang decide nak pergi ini bukan cuti sekolah, bukan cuti peristiwa. so, dapat la murah sikit.
harga tiket itu pon dah include insurans dan segala macam mak nenek berkaitan air asia. yang murah itu tambang jew, tapi kalau dah add on bagasi, insurans dan lain2 harganya lebih kurang juga dengan penerbangan lain.
susun atur urusan check in beg dan tiket ini memang kena hadam dan faham betul2, sebab kita orang nyaris2 tak boleh bawak luggage kita orang sebab dah terlewat sampai untuk check in luggage. alhamdulillah urusan dipermudahkan.
langkah kaki itu jangan di cakap, memang rasa macam tak jejak tanah sebab nak kejar masa itu.
"Pearls don't lie on the seashore. If you want one, you must dive for it."
ok, nanti kita share pula aktiviti hari pertama kami di sana, tunggu tau!
eh, jangan lupa share juga post ini, untuk perkongsian dengan semua..
bye