Dari DMFK :
Sebenarnya kemaafan perlu dilakukan setiap masa, sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Jadi kita perlu minta maaf sebelum kita mati.
Amalkan setiap malam :
SOLAT TAUBAT dan ISTIGHFAR . Hati bersih, mudah untuk memaafkan orang.
INGAT MATI . Kita tak tahu bila kita akan mati, jadi memohon maaf dan memaafkanlah. Bila kita memaafkan orang, kita yang untung, sebab hati kita tenang, doa kita makbul.
Masa adalah satu ubat yang sangat baik dan terapi ketika sedang marah. Take time!
"Jangan berjanji bila gembira, jangan bercakap bila marah."
Bila bercakap ketika sedang marah, situasi mungkin akan menjadi lebih buruk. Perkataan yang tak dimaksudkan juga boleh dilafazkan. TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA.
Bila mahu berkata-kata, ucaplah yang baik-baik. Bila tak mampu berkata yang baik-baik, maka DIAM.
Bila sedang marah, jika ada peluang dan kesempatan maka meminta maaflah. ORANG YANG BERJIWA BESAR SAHAJA MAMPU MEMINTA MAAF WALAUPUN TAK SALAH. Kita tak tahu sa ada diri kita yang akan mati dahulu ataupun orang yang berurusan dengan kita yang akan mati dulu.
Bermaafanlah setiap masa, jangan tunggu hari-hari tertentu untuk meminta maaf seperti Hari Raya. Tetapi dalam Hari Raya kalau nak bermaafan tidak salah, tetapi kita lebih digalakkan mengucapkan doa berikut dan saling bersalaman.
No comments:
Post a Comment