Sunday, January 2, 2011

Tahniah Skuad Harimau Malaya!!

Sebelum-sebelum ini, saya memang tidak berminat untuk menonton perlawanan mana-mana pasukan bola sepak. Sama ada peringkat negara mahupun antarabangsa. Jangankan nama pemain, nama pasukan pun saya tidak berminat untuk ambil tahu. Namun, apabila pasukan bola sepak Indonesia bertemu dengan pasukan Harimau Malaya, Malaysia, saya jadi teruja untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di saluran RTM. Saya mempunyai alasan yang tersendiri kenapa saya begitu beriya-iya untuk menyaksikannya.
Saya tidak merasa rugi dapat menyaksikan perlawanan tersebut, malahan saya akan terasa sangat rugi jika ketinggalan untuk menonton pemain muda negara beraksi pada malam tersebut.

Memang tidak dinafikan lagi, negara kita, Malaysia mampu untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang ini seterusnya melonjakkan nama Malaysia di peringkat yang lebih tinggi. Antara pemain yang menjadi sebutan ramai setelah pasukan Harimau Malaya memenangi pertandingan tersebut dengan agregat 4-2 ialah Khairul Fahmi dan Safee Sali. Khairul Fahmi terkenal kerana kehebatannya menangkis segala serangan yang dibuat oleh pasukan bola sepak Indonesia. Safee Sali pula telah banyak berjasa dengan menjaringkan jumlah gol terbanyak dalam perlawanan tersebut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya!!!



No comments:

Post a Comment