Friday, September 2, 2011

Susahnya untuk berkata “tak”


>> tak, kependekkan daripaada perkataan tidak,
~mempunyai minima tiga huruf iaitu huruf T.A.K
tetapi ia begitu sukar untuk diluahkan dan diungkapkan
terutamnya tatkala berdepan dengan situasi yang menyuruh kita membuat pilihan dalam keadaan segera atau berhadapan dengan orang yang kita kasihi dan sayangi..
{seperti ibu, bapa, abang, kakak, adik, kawan, teman, dan sebagainya}
ia menjadi sukar apabila kita perlu memilih antara;
kebaikan kepada diri sendiri ataupun kebaikan kepada orang lain yang mungkin akan memberi impak negatif kepada diri kita
memilih kebaikan untuk diri sendiri bukan bererti sombong ataupun berlagak, tetapi, jika sesuatu itu hanya akan menyebabkan kita mendapat susah semata-mata, adakah ia berbaloi??
tidak dinafikan, jika kita melakukan sesuatu dengan seikhlas hati, kita akan beroleh ganjaran pahala daripada Allah,
namun, perlulah ada batas dalam setiap pertolongan, tidak jadi seperti “lembu dicucuk hidung” yang hanya akan menurut sahaja apa yang diarahkan oleh orang,
lebih lagi jika orang yang hendak ditolong dan dibantu tersebut tidak tahu untuk menghargai jasa orang yang telah membantunya,malah lebih teruk jika kebaikan yang diberikan dibalas dengan kejahatan pula…
ini bukan bererti mengharapkan balasan duniawi mahupun tidak ikhlas, tetapi perlulah mengaplikasikan istilah “jasamu dikenang” dalam situasi yang bersesuaian..
p/s : sekadar renungan bersama…. 

1 comment:

  1. http://anahusnafi.blogspot.com/2011/05/susah-utk-kata-tak-walau-hati-pahit.html

    ReplyDelete