Wednesday, February 29, 2012

Muhasabah diri (^_*)

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi, sampai ke bintang
kerna kita semua tahu
kerana ini impian setiap satu dari kita


"Treat people as if they were what they tough to be and you help them to become what they are capable of being." 

Always be yourself, express yourself, have faith in yourself, do not go out and look for a successful personality and duplicate it.

“Always dream and shoot higher than you know you can do. Do not bother just to be better than your contemporaries or predecessors. Try to be better than yourself.”
― William Faulkner

Tuesday, February 28, 2012

Setia = Loyal


“A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accepts you just the way you are.”

 
Setia =
Teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan dll) / Tetap hati
@
Berpegang teguh (pd janji dll) / Patuh / Taat

Sangat susah untuk setia dalam sesuatu perhubungan. Andai tersalah langkah, padah menanti.

“Lack of loyalty is one of the major causes of failure in every walk of life”
 
Sesuatu yang baik itu sangat susah untuk dimulakan. Tetapi, ia sangat mudah untuk dimusnahkan.
Jika setia itu dikhianati walaupun cuma sekali, ianya akan meninggalkan parut yang berkekalan. Walaupun pelbagai cara dilakukan, kesannya masih ada- tidak seperti sediakala.
Andai tersilap langkah, berkatalah jujur dan pintalah kemaafan. Kerana kebenaran itu pintu keluar untuk segala permasalahan walaupun ianya pahit untuk diluahkan. 

Cuba renungkan kata-kata ni, 

Friends are NOT a game to play,
Friends are NOT just a word to say,
Friends do NOT start in March, and end in May,
But, Friends means….
Yesterday, Today, and Forever!

Once you have got it, try to protect the friendship forever~
 “Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget.”

Many kinds of fruit grow upon the tree of life, but none so sweet as friendship; as with the orange tree its blossoms and fruit appear at the same time, full of refreshment for sense and for soul.

Monday, February 27, 2012

Kenangan bersamanya...(-_-)

>>>just sharing~
Seusai solat maghrib, sementara menunggu masuknya waktu solat isyak, ana mendengar zikir yang dialunkan oleh kumpulan nasyid Hijaz menggunakan headphone. Sambil mendengar, ana memintal-mintal tali headphone. Tiba-tiba, fikiran ana melayang mengingatkan seseorang. Seseorang yang telah pergi selamanya. Pergi menghadap Ilahi. Atuk ana, telah kembali ke RAHMATULLAH pada 16 Januari 2012 yang lalu. Tentu para pembaca terfikirkan, apa kaitannya atuk ana tali headphone tersebut?

Begini alkisahnya. Ana sangat rapat dengan atuk ana. Masa kecil2 dulu, setiap kali cuti sekolah tiba, ana mesti balik rumah atuk. Bermalam disana, lebih kurang dua atau tiga hari. Kadang2 sorang, kadang2 dengan adik2 ana. Atuk ana ni pula, suka layan karenah cucunya. Ana ingat lagi, masa tu, ada satu tali (macam tali kasut tu).  Atuk ambil tali tu. Atuk gunakan tali tu, kononya nak buat “magic” depan kami adik beradik. Walaupun pada hakikatnya, atuk hanya menggunakan kepantasan  dalam pergerakan tangannya. Kami sanagt terpegun dan terhibur masa tu. Lagi2 adik ana, yang turut ingin mencuba, tetapi tidak menjadi. Kesian dia~

Kenangan yang terakhir bersama atuk yang paling ana ingat, kalau tidak silap ana, sehari sebelum masa ana nak balik semula ke kampus setelah cuti akhir semester satu. Atuk ana sanggup datang ke rumah kami, bawa kuih muih dan minum petang bersama. Sebelum atuk nak pulang semula ke rumahnya, atuk sempat lagi memberi duit poket untuk ana. Walaupun nilainya tidaklah sebesar mana, ianya sangat bererti buat ana. Kerana ia pemberian dari atuk ana.  

Kalau nak diceritakan satu persatu, memang banyak kenangan ana bersama atuk. Di saat2 akhir hayat atuk, masa tu atuk ada di hospital Klang, ana tidak ada bersamanya, sebab ana tengah ada kelas. Semasa kelas tu, ibu telefon. Hati ana mula berbisik perkara2 yang negatif, tapi ana cuba untuk kuatkan semangat. Sebaik sahaja ibu mengatakan hal yang sebenar (atuk sudah tiada lagi), kaki ana menggeletar. Nasib baik ana ada tempat untuk berpaut. Ana berdoa dalam hati, “Ya Allah, kuatkan semangatku untuk menerima dugaanMu ini!”  Ana istighfar banyak2. Ana tahu, Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya itu. 

 
Kepada para pembaca, Al-Fatihah buat atuk ana, Hj Masri bin Hj Awang. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin…..