Monday, February 27, 2012

Kenangan bersamanya...(-_-)

>>>just sharing~
Seusai solat maghrib, sementara menunggu masuknya waktu solat isyak, ana mendengar zikir yang dialunkan oleh kumpulan nasyid Hijaz menggunakan headphone. Sambil mendengar, ana memintal-mintal tali headphone. Tiba-tiba, fikiran ana melayang mengingatkan seseorang. Seseorang yang telah pergi selamanya. Pergi menghadap Ilahi. Atuk ana, telah kembali ke RAHMATULLAH pada 16 Januari 2012 yang lalu. Tentu para pembaca terfikirkan, apa kaitannya atuk ana tali headphone tersebut?

Begini alkisahnya. Ana sangat rapat dengan atuk ana. Masa kecil2 dulu, setiap kali cuti sekolah tiba, ana mesti balik rumah atuk. Bermalam disana, lebih kurang dua atau tiga hari. Kadang2 sorang, kadang2 dengan adik2 ana. Atuk ana ni pula, suka layan karenah cucunya. Ana ingat lagi, masa tu, ada satu tali (macam tali kasut tu).  Atuk ambil tali tu. Atuk gunakan tali tu, kononya nak buat “magic” depan kami adik beradik. Walaupun pada hakikatnya, atuk hanya menggunakan kepantasan  dalam pergerakan tangannya. Kami sanagt terpegun dan terhibur masa tu. Lagi2 adik ana, yang turut ingin mencuba, tetapi tidak menjadi. Kesian dia~

Kenangan yang terakhir bersama atuk yang paling ana ingat, kalau tidak silap ana, sehari sebelum masa ana nak balik semula ke kampus setelah cuti akhir semester satu. Atuk ana sanggup datang ke rumah kami, bawa kuih muih dan minum petang bersama. Sebelum atuk nak pulang semula ke rumahnya, atuk sempat lagi memberi duit poket untuk ana. Walaupun nilainya tidaklah sebesar mana, ianya sangat bererti buat ana. Kerana ia pemberian dari atuk ana.  

Kalau nak diceritakan satu persatu, memang banyak kenangan ana bersama atuk. Di saat2 akhir hayat atuk, masa tu atuk ada di hospital Klang, ana tidak ada bersamanya, sebab ana tengah ada kelas. Semasa kelas tu, ibu telefon. Hati ana mula berbisik perkara2 yang negatif, tapi ana cuba untuk kuatkan semangat. Sebaik sahaja ibu mengatakan hal yang sebenar (atuk sudah tiada lagi), kaki ana menggeletar. Nasib baik ana ada tempat untuk berpaut. Ana berdoa dalam hati, “Ya Allah, kuatkan semangatku untuk menerima dugaanMu ini!”  Ana istighfar banyak2. Ana tahu, Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya itu. 

 
Kepada para pembaca, Al-Fatihah buat atuk ana, Hj Masri bin Hj Awang. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin…..

No comments:

Post a Comment