Saturday, October 8, 2016
Hapuskan Spam Ads
Rasa serabut, rimas dengan tab itu yang dirasakan mengganggu. Maka mulalah usaha untuk menghapuskannya. Cari dan cari, akhirnya jumpalah info ini. Mungkin dapat membantu sesiapa yang mempunyai masalah yang sama.
Sumber : Remove a spam pop-up on blog
Info lanjut boleh klik pada link, tetapi rasanya point utamanya, seperti berikut;
1. Sign-in to http;//www.blogger.com/home
2. Remove the sidebar gadget titled : Blogging Since March 2012
Memandangkan aku cari tak jumpa title tersebut, maka bermulalah sesi try and error. Cari mana-mana gadget yang agak-agak bermula 2012.
3. Dengan berat hati, me-remove kan bloghitcounter. Selepas remove, save dan view blog. Yeay! Berjaya remove pop-up ads. Ternyata betul, hitcounter itu yang menyebabkan spam pop-up.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Thursday, October 6, 2016
Si Bodoh Yang Berharap
Orang kata penantian itu satu penyiksaan.
Petang ini, ada pasar malam. Pasar malam di Bukit Beruntung ni dibuka setiap hari Rabu malam, bertempat di Stesyen bas Bukit Beruntung. Jadi, hari ini adalah hari dikecualikan untuk masak malam sebab makan malam akan dibeli di pasar malam.
Menu yang menjadi pilihan untuk hari ini adalah nasi kukus ayam dara + burung puyuh goreng (RM10), roti pita 2 (RM8), putu mayam (RM2), rangka ayam (RM4.50), laksam (RM3), dan semestinya Coconut Shake (RM5). Setelah sekian lama mencari coconut shake, akhirnya dapat juga.
Balik rumah, aku makan laksam, rangka ayam, roti pita dan coconut shake. Menu selebihnya aku simpan untuk di makan bersama dengan orang yang aku sayang apabila dia pulang malam nanti. Aku ingat dia, sebab itu aku sanggup tunggu dia walaupun sebenarnya makanan tersebut sedap dimakan ketika masih panas.
Selepas maghrib, aku dapat gambar melalui aplikasi whatsapp daripada dia. Gambar tersebut menunjukkan dia sedang menikmati makan malam, mee goreng di sebuah restoran. Aku fikir, mungkin ketika itu dia sedang terlalu lapar, dan perutnya yang kosong meminta diisi dengan segera. Balik rumah nanti, mungkin dia masih boleh menjamah makanan yang aku beli, fikirku positif.
Tidak beberapa lama kemudian, aku dapat pesanan di aplikasi whatsapp lagi. Kali ini, dia memaklumkan dia tak dapat balik malam itu, dan terpaksa bermalam di sana kerana esok pagi dia masih ada urusan yang perlu diselesaikan di sana. Kesian dia, dia terlalu penat bekerja.
Tanpa melengahkan masa, aku bawa bungkusan nasi kukus tadi, ke ruang tamu. Hai lah nasi... 😏😏 Televisyen di pasangkan, dan aku menikmati nasi kukus tersebut dengan caraku tersendiri. Suapan demi suapan... akhirnya habis juga sebungkus nasi kukus itu.
Bila aku fikirkan semula, tinggi sangat impian dan harapanku. Berangan lebih.. 🤗 Tak sedar diri..
Ternyata, akulah si bodoh itu, dan akulah yang berharap itu.
Wednesday, October 5, 2016
Warisi Bakat Seni Ibu
Semakin lama, aku semakin sedar. Bakat seni yang ada pada diriku ini, aku warisi daripada ibuku. Walaupun cabang kami berbeza, tetapi masih dalam bidang yang sama iaitu seni.
.
.
.
Ibu mempunyai kemahiran seni memasak, seni menyulam, seni melukis, seni solekan muka dan beberapa lagi.
.
.
.
Aku pula meminati seni menulis, seni melukis/mewarna, seni fotografi, seni photoshop/after effect (editing) dan seni memasak. Mungkin tahap aku belum tahap pakar, tetapi bidang seni ini seakan sudah sebati dalam diri.
.
.
.
Ye la, sejak aku sekolah tadika lagi, aku sudah didedahkan dengan bidang seni ini. Aku diajar dan dididik dengan cara menyertai pertandingan melukis / mewarna / menulis untuk sebuah majalah kanak kanak suatu ketika dahulu iaitu majalah ALONG.
.
.
.
Sehingga sekarang (2016), keratan majalah yang terpampang kemenangan hasil karya aku dan adik masih tersimpan kemas dalam fail. Ibu pernah cakap, setiap kali ada pertandingan, mesti ibu suruh kami turut serta. Aku fikir, usaha ibu itu berjaya kerana sehingga sekarang aku masih menyertai mana mana pertandingan yang dianjurkan, cuma nasib kurang menyebelahi aku apabila aku jarang memenangi mana mana pertandingan.
.
.
.
Jujur cakap, jauh disudut hati, aku suka bidang ini dan tidak mustahil satu hari nanti aku boleh berjaya dengan bidang ini jika aku dapat sokongan orang disekeliling aku.
.
.
.
Seni, itulah diri aku. -Syairah Akmal-
Saturday, October 1, 2016
Lai Chi Kang Special
Ni nak share resepi Lai Chi Kang yang mudah sebab ikut citarasa sendiri.
.
.
.
Mula mula sediakan bahan-bahan. Aku beli bahan-bahan ini di tesco, senang sebab semua ada di bawah satu bumbung.
.
.
.
Bahan-bahan Lai Chi Kang adalah seperti;
[Bahan Kering] Cendawan Putih, Isi Longan Kering, Kurma Merah,
[Bahan Dalam Tin] Laici, Nata De Coco, Nenas Kiub,
[Bahan Basah] Cincau, Biji Sagu, Biji Selasih.
.
.
.
Kalau ada nak tambah bahan-bahan lain pon boleh, ikut citarasa sendiri.
.
.
.
Selepas bahan-bahan dah beli, sediakan seperti berikut.
.
.
.
Rendamkan cendawan putih, isi longan kering dan kurma merah selama lebih kurang satu jam.
.
.
.
Sementara menunggu bahan rendaman kembang, boleh sediakan bahan-bahan yang lain.
.
.
.
Buka satu tin Nata De Coco dan buangkan airnya. Buka satu tin laici dan buangkan juga airnya. Buka satu tin kiub nanas dan buangkan juga airnya. Kalau nak guna air tin itu boleh juga, tetapi aku tak suka sebab kadang kala airnya itu rasa pahit. Jadi, aku asingkan dan ambil isinya sahaja.
.
.
.
Kemudian, potongkan cincau secara panjang. Buka satu bekas biji sagu, dan tapiskan untuk buang airnya. Kemudian buka satu bekas biji selasih.
.
.
.
Campurkan kesemua bahan tin dan bahan basah kedalam satu mangkuk besar.
.
.
.
Selepas satu jam, rebus bahan rendaman tadi dengan kuantiti air yang secukupnya. Tambahkan gula perang, secukup rasa. Selepas air sudah menggelegak, tutupkan api dan tuangkan bahan rebusan kedalam mangkuk besar tadi.
.
.
.
Hidangkan sejuk, sedapnya.. sudah siap Lai Chi Kang. Mudahkan?