rasa ingin tahu itu perkara normal dalam diri manusia yang normal
pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita membuatkan hati kita sering bertanya,
"kenapa begitu?"
"kenapa begini?"
"apa tu?"
"di mana tu?"
"berapa tu?"
"adakah begitu dan begini?"
dan banyak lagi
ini kerana,
sebagai manusia normal, otak kita menjalankan tugasnya dengan baik
segala apa yang diterima oleh deria manusia itu akan di proses oleh otak
dan menghasilkan tindakan yang selanjutnya
tetapi,
kadang-kadang 'persoalan' dan rasa ingin tahu itu tidak tahu kepada siapa mahu di tujukan
sudah tentu kita mahukan jawapan yang dapat memuaskan hati kita
justeru itu,
segala persoalan yang muncul,
sepatutnya ditanyakan kepada ilmuan / pakar yang mahir dalam bidang tersebut
selain bertanyakan kepada yang pakar, boleh juga buat kajian atau penyelidikan sendiri berdasarkan bahan-bahan ilmiah yang ada seperti buku / journal / dan juga internet
tetapi berhat-hati, kerana bukan semua yang tertulis itu adalah benar belaka
pastikan kita tahu siapa penulisnya sebelum penulisan mereka itu kita jadikan pegangan / hujah / pendirian
dan kadang kala,
persoalan yang muncul di fikiran kita itu akan terjawab dalam cara yang kita tak sangka,
tetapi apa yang berlaku itu membuatkan kita berfikir,
'inilah jawapan kepada persoalan tadi'
sedikit perkongsian daripada instagram Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana ;
( penulis siri buku Diagnosis )