Monday, November 20, 2017

Cuti sekolah bakal tiba lagi

pejam celik, pejam celik
sedar-sedar dah nak habis tahun 2017
tahu-tahu, cuti sekolah sudah nak bermula
hari ini 20 november 2017
lebih kurang seminggu sahaja lagi sesi persekolahan 2017 akan melabuhkan tirainya

Image result for school holidays quotes
sumber : google image

peringatan buat semua yang mempunyai anak kecil atau adik-adik kecil yang bakal bercuti tidak lama lagi,
tolong awasi keselamatan mereka
mereka nak buat aktiviti apa sahaja, tidak kisah asalkan tidak melanggar peraturan
yang penting pantau keselamtan mereka

kadang-kadang itu, bila balik kerja di kawasan perumahan ini,
dapat tengok mereka bergembira berbasikal ke sana sini
saling berkejaran antara satu sama lain

tetapi,
tolong awasi keselamatan mereka
apabila mereka terlalu seronok, mereka terlupa keselamatan mereka sendiri
simpanlah gadget itu sebentar dan pinjamkan mata itu untuk melihat mereka

kesilapan kecil yang berlaku terhadap mereka boleh mengakibatkan situasi yang lebih teruk

bagi yang berkemampuan, hantarlah mereka ke program-program yang boleh melatih kemahiran mereka,
zaman sekarang ini,  program terlalu banyak, pilih sahaja mana yang berkenan di hati
kemahiran memasak, kemahiran komputer, kemahiran bercakap, kemahiran fotografi dan banyak lagi
isilah masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang bermanfaat

salam sayang,
kak long syairah

No comments:

Post a Comment