Thursday, March 15, 2018

Result SPM 2017-15 Mac 2018

Image result for congratulations gif

tahniah di ucapkan kepada semua pelajar yang mengambil keputusan SPM pada hari ini

berjaya atau gagal seseorang itu tidak terletak ada slip peperiksaan SPM nya
banyak peluang dan jalan yang terbuka di depan untuk anda lakarkan kejayaan itu
so, teruskan melangkah dengan penuh keyakinan

 ceburilah dalam bidang apa pun
buatlah apa juga yang anda minat
selagi ianya tidak bercanggah dengan agama, teruskan
selagi ianya direstui ibubapa, usahakan
pedulikan suara-suara pakcik makcik bawang semua
kerana kehidupan dan rezeki anda tidak terletak pada tangan mereka
tetapi pada YANG MAHA ESA..

benda simple yang akak nak share bila sebut pasal pakcik makcik bawang ini,
selepas akak habis SPM,
akak dapat rezeki sambung belajar ke sebuah universiti awam, USIM
jadi, bila pakcik bawang ini tanya, "sambung belajar di mana?"
akak pun sebutlah nama universiti akak,
dan dia jawab,
"hah, nanti jadi guru JQAF la tu"
bukan sekali, tetapi berulang kali
akak diam sahaja, malas nak berbahas dengan pakcik bawang yang mentaliti macam itu,
tak kuasalah
nak dikatakan zaman belum maju, internet dah dihujung jari,
semua boleh google
dan secara jelasnya, universiti tersebut bukanlah hanya melahirkan ustaz dan ustazah sahaja,
malahan arkitek, doktor medik, doktor pergigian, pakar kaunseling dan banyak lagi
( sila google sendiri )

kesimpulannya, 
ke mana pun kita pergi, bukan tempat tersebut yang menentukan hala tuju kita
tetapi diri sendiri
kalau pergi tempat bagus pun, tetapi diri sendiri tetap memilih sebaliknya, tak guna juga

apa yang orang lain sampaikan itu, 
dengar boleh ! percaya belum tentu !
jangan terima apa yang orang lain katakan tu secara membuta tuli

Image result for GOOD JOB GIF

WISH YOU ALL THE BEST IN THE FUTURE !

ikhlas,
kakak

No comments:

Post a Comment