Friday, July 22, 2011

Kenangan Di Bulan Puasa~

Tak sampai seminggu lagi, seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan al-mubarak,
bila aku dah berada di perantauan, berjauhan dengan keluarga,
teringat masa bulan puasa tahun-tahun lepas, 
bila bulan Ramadhan menjelang tiba, 
aku, dengan adik-adik aku, {haziq dan nabil}
ada tugasan istimewa, berbeza dengan bulan2 lain...
kami akan ber'gotong-royong',
membuat popia..
jangan tak percaya tau, adik2 aku tu reti buat popia,
sorang akan potong kentang, lobak, 
yang lain pulak gulung popia...
senang ceritanya, 'gotong-royong' buat popia goreng ini akan ada bila tiba bulan puasa,
bulan2 tak akan jumpa tau,
lagi satu, menu yang buatan sendiri yang special di bulan puasa ni adalah 'bergedil',
adik aku yang haziq tu memang suka sangat dengan dua2 menu ni,
mungkin sebab tu di rajin ke dapur bulan puasa ni,
kadang2 tu, aku dengan nabil akan ke bazar ramadhan,
saja je nak cuba2 makanan yang ada kat situ, 
selalunya naik motor jew, jalan sesak tu....
bila dah berbuka puasa, kami semua solat maghrib berjemaah sama2,
slps 2 siap2 nak pergi solat tarawikh,
selepas solat terawikh, kami balik rumah, pastu ada 'morey' pulak,
tau x morey tu pe?
morey ni, makan ulangan selepas solat terawikh,
makan lah lagi apa2 yang korang nak makan selagi mampu...hehe~
tapi, adik aku yang nabil ni pulak, dia suka pergi surau kat kampung,
bila orang tanya, kenapa suka pergi surau berbanding masjid?
dia jawab sebab ada morey...lar...
kalau kat surau ada morey, kat masjid x de...
sejak hari itu, kita orang yang lain selalu ingatkan dia tujuan kita pergi masjid/surau,
kadang2 berbuka puasa di kampung, sesekali temankan atuk,nenek,embah...
memang meriahlah walaupun kami ni bukanlah ramai mana,

masa yang lalu tidak mungkin dapat diputarkan kembali, 
semuanya akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku,
bila teringatkan semua tu, sayu rasanya hati ini...
tapi, aku kena kuatkan semangat, sebab aku ada matlamat untuk dicapai disini,
ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini untuk menghadapi segala dugaanmu...amin..~



No comments:

Post a Comment