Friday, August 26, 2011

MiNi JaLaN T.A.R~

memang dasyat betul suasana di pekan ni,
sesak dengan orang ramai yang membeli segala keperluan
sebagai persediaan menyambut Syawal tidak lama lagi
bak kata Husna la kan,
tak payah lah susah2 nak pergi jalan TAR kat KL sana tu
kt sg besar pun dah boleh tengok kemeriahannya
memang dah macam jalan TAR [tunku abdul rahman]
sesak!!! [itulah yang dapat aku gambarkan]

SaLaM LeBaRaN~

selalunya, orang tulis "kad raya dikirim sebagai pengganti diri",
tapi, kali ni, aku nak buat kelainan sikit,

"post blog" ditulis sebagai pengganti diri,
buat semua rakan dan taulan,
selamat hari raya aidilfitri,
salah dan silap janganlah disimpan...


selamat balik kampung kepada semua sahabat handai dan kaum kerabat
berhati-hatilah di jalan raya
dan ingatlah orang yang tersayang
semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju


kalau nak main mercun tu, suka hatilah~
kalau lagi baik hati, kirim sikit kat sini,
apa2 pun take care.....




Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
buat semua yang mengenali diri ini...

Thursday, August 11, 2011

BeTuL, BeTuL, BeTuL, !!!!

--> kalau kita nak bersetuju dengan cadangan atau pendapat orang lain kita buat macam mana?

"saya setuju"
"okay jew"
"aku ikut jew"
"betul, betul, betul" 

paling2 kurang pun, kita akan angguk tanda bersetuju kalau dah tak larat sangat nak cakap, kan?
adalah dua orang manusia ni, 
aku gelarkan sorang Comel dan sorang lagi Cantik,
masa tengah dalam kuliah, 
aku tengok dia ni khusyuk sangat,
tekun betul dia orang dengan kuliah dari lecturer,
lepas tu, dia orang angguk2,
tanda setuju lah tu dengan apa yang lecturer cakap,
hebat sungguh si Comel dan si Cantik ni....
lepas ni, boleh la aku belajar dari si Cantik dan si Comel,
hehe....~

---> sentiasa berusaha untuk fokus dalam dewan kuliah!! yakin boleh!!!~

Saturday, August 6, 2011

BeRtEmU MeReka, kU bAhAgiA...

hehe...assalamualaikum,
akhirnya, setelah lima hari berhempas-pulas utk mid semester,
aku dpt juga jumpa dgn family kesayangan aku,
hilang segala bebanan yg aku tanggung tatkala melihat wajah2 insan tersayang,
dpt bergaduh dengan adik2,
terutamanya nabil....ala, gaduh2 manja....hehe~
paling yang aku suka, juadah air tangan ibu,
pergh~ semuanya sedap2 belaka, ibu masak apa pun mesti sedap...
haha...terima kasih ibu~
bertukar-tukar cerita antara satu sama lain,
memang seronok..
petang nya, aku berjalan kaki, pergi ke bazar Ramadhan,
tak jauh pun...tapi, bazar kat sini, memang meriah giler...!!
khemah nya yang macam khemah org buat kenduri tu...
besar....dah banyak pilihan makanan,
aku bukannya beli apa pun, cuma nak lihat suasana bazar Ramadhan tahun ini jew,
meriah! itu yang boleh aku katakan...
aku juga sempat berjumpa dengan nasya dan erma,
kawan lama masa kami di sliss...
hari ini pun kami sekeluarga berbuka sekali dengan atuk dan nenek,
kami jemput dia orang berbuka kat sini,
that's all, thank you...

Wednesday, August 3, 2011

Kesian dia...

pagi ini, ada berlaku kejadian yang sangat tragis,
al-kisah bermula sebelum nak gerak dari kolej kediaman,
masa tu, mood kami semua belum stabil lagi, masih awal pagi lagi,
so nya, masa dalam perjalanan, kami senyap jew...
sambil menikmati pemandangan di luar...
belum ada cerita2 menarik yang dikongsi bersama, 
setibanya di kampus, kami terus sahaja ke dewan kuliah,
sebaik sahaja nak ke tempat duduk, berlaku satu insiden yang agak ngeri lah....
sape2 yang ada kat situ masa kejadian, memang x sanggup nak tengok,
boleh mengalir air mata, sebab aku yang menyaksikan kejadian tersebut pun tak tahan nak terus melihat,

ceritanya bergini, 
ada seorang student perempuan ni,
dia jalan beriringan dengan aku nak ke tempat duduk, dalam dewan kuliah tu,
masa tu masih awal lagi, jadi tak ramai sangat orang dalam dewan,
aku memilih barisan ke 4 dari depan, 
selang beberapa baris dari tempat tersebut, ada beberapa orang student lelaki, 
aku tak pasti lah berapa orang, tak tertengok pon....
setelah aku ambil tempat duduk, seorang student ini,
tak tahu macam mana, tak de angin, ribut pun takde, tiba2 jew boleh terjatuh kat tangga,
korang bayangkanlah, mcm mana situasi masa tu,
pas2 ada pulak suara2 student lelaki tadi yang berkata,
"tak nampak, tak nampak." sambil di ikuti oleh ketawa kecil,
hahahahahahahahahahaha.......
aku tak boleh tahan nak ketawa masa tu,
memang kelakar,
untuk cover malu, dia cakap kat aku n ada student lagi sorang ni,
"aku saja jew nak duduk kat tangga tu"
huh?? boleh terima ke alasan macam tu...
sejak dari peristiwa tu, kalau aku nampak tangga jew, aku mesti teringat kejadian tersebut,

~kepada insan2 yang terbabit, terima kasih kerana menceriakan pagi aku....hahaha!!!!~

ramadhan @ foreign country~

Ramadhan for this year a bit different from the previous,
because the first day of fasting, i didn't break fast with my family,
this is for the first time, so sad~ 
i'm far away from them for my studying,
but, i'll try to find my time, spending my time with my beloved family,

because of that, i'm trying to make the situation become more fun,
I want to enjoy Ramadan this year with friends to relieve feelings of sadness away from family,
but, it doesn't mean i didn't miss my family,
i miss them very, very, very, very (1000000X) much,

if i meet all of them, i feel something that make me sooooo happy,
my family is my inspiration,
thank you Allah for giving me this happy family,
alhamdulillah...

the first day of Ramadhan, i went to Bazar Ramadhan with my friends,
just want to see what they are selling, 
but, i think, bazaar Ramadan here, cannot beat that in my hometown,
i think, it's much lively in my hometown with various type of food,
the bazaar also only a small one, compared to at my hometown,
hehe.....

on that day, i just buy chicken rice, roti john and corn juice,
when it was nearly to break the fast, my mind thinking of my family,
what were they doing on that time...
O Allah, give me strength to face this challenge....
 i'm trying to always think positive that, i'm here for one goal,
that is continuing my studies [Lillahi Taala...insyaAllah~],
thus, those are my challenges to archive my goal....  

to my family especially mom and dad, and all friends, thanks for all the support and motivation,
thank you so much...

selamat berpuasa....[happy ramadhan]~