Sunday, April 1, 2018

Ilmu itu luas, jangan sempitkan

soalan : dulu masa zaman belajar ambil kos pengajian apa ?
jawapan : matematik kewangan
soalan : habis itu sekarang kerja mana ?
jawapan : account department 
soalan : kenapa tak kerja di bank ?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

soalan : sekarang kerja sebagai apa ?
jawapan : pembantu akaun di syarikat swasta
soalan : dulu ambil kos apa ?
jawapan : matematik kewangan 
soalan : apa kaitan nya dengan fotografi ?
jawapan : owh, fotografi ini asalnya hobi. selepas itu buat side income.
soalan : owh, saya ingatkan dulu belajar something related dengan fotografi.
jawapan : saya ada join private class fotografi selepas habis belajar

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

come on la...
cuba belajar untuk berfikiran lebih terbuka

belajar bahagian kewangan, tak bermaksud kau TAK boleh belajar bidang lain,
TAK bermaksud juga kau MESTI buat sesuatu yang berkaitan dengan kewangan sehingga ke akhirnya, 
semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing, peluang sentiasa terbuka kepada sesiapa yang mahukannya,
sebab itu setiap daripada kita mempunyai jalan cerita yang berbeza.

ilmu itu luas
pepatah juga ada mengatakan 

"tuntutlah ilmu sampai ke negeri China"

"tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

tiada pengakhiran dalam menuntut ilmu,
selagi ianya bermanfaat, pelajarilah
tak ada ruginya belajar sesuatu benda yang baru
seimbangkan antara dunia dan akhirat
Insyaallah berguna
lebih berguna lagi jika ianya dapat dimanfaat kepada orang lain

jom sama2 beratkan timbangan pahala kita

Image result for ilmu quotes

No comments:

Post a Comment