Thursday, April 12, 2018

Pesan

pak su pesan :

Image result for think positive png

fikirkan apa yang kita lalui sekarang ini cuma sedikit ujian,
sedangkan ada orang lain yang melalui situasi yang lebih teruk lagi.

fikirkan apa yang kita lalui sekarang ini lebih baik kerana kita ada sokongan moral dari ahli keluarga, dan kawan-kawan,
sedangkan ada orang lain yang melalui perkara yang sama, sendirian. 

itu yang sepatutnya kita syukuri setiap hari.

cuba untuk melihat dan tukarkan ujian yang kita lalui itu kepada perkara yang positif.

Image result for choice png

apabila berhadapan dengan pilihan, buatlah pilihan yang terbaik.
letakkan keutamaan pada tempat yang sepatutnya.
tiada pilihan yang salah, tiada pilihan yang betul.
cuma kadang-kala kita tersilap membuat perhitungan, dan pertimbangan.

antara kerjaya dan keluarga, mana yang kita pilih ?
kerjaya penting, keluarga penting.
tetapi di mana kita letakkan keutamaan dalam kehidupan seharian kita.
pilihan di tangan masing-masing.

iklan : buatlah pilihan yang betul semasa PRU nanti. kuasa terletak di tangan rakyat. 


Image result for experience png


lakukan sesuatu pada hari ini dengan sungguh-sungguh,
kerana ianya akan menjadi pengalaman yang sangat berharga pada masa akan datang. 

jangan sesekali sia-siakan peluang yang ada depan mata,
kerana kita tak tahu, bila peluang itu akan datang lagi. 

No comments:

Post a Comment