Sunday, April 29, 2018

Window Shopping to Genting Premium Outlet

oh yeah!
and finally we are here at Genting Premium Outlet at Genting Highland
around 45 minutes to 1 hour from Exit Bukit Beruntung ( Plus Highway )


mind set sebelum pergi sini, memang nak jalan2 sahaja
sebab dah dapat bayangan bila namanya "premium outlet"

sekurang-kurangnya bila orang tanya, 
"dah sampai GPO ?"
-sudah

"ada apa di GPO?"
-ada sesuatu untuk diceritakan

boleh juga tonton video yang disertakan untuk lihat situasi di sana



kami park kereta di B6, jam 10 pagi
memang belum ramai orang, dan cuaca pun sangat baik

di Genting Premium Outlet ini,
kalau korang nak cari barang-barang brand dari luar negara, memang sinilah tempatnya
macam-macam jenama ada

hari ini, kebanyakkan outlet ada buat sale,
ada yang 30% diskaun, ada yang 70% diskaun dan ada juga yang buy 2 free 1
ada 3 level, iaitu Lower Street, Medium Street dan High Street sebagai penanda aras
takut2 kalau korang sesat sebab dah mabuk nampak banyak tulisan sales.. hahaha

fasiliti yang disediakan termasuklah
tandas ( ada saluran paip sebagai kemudahan ), surau, tempat persalinan bayi, taman permaian kanak-kanak, restoran makanan aneka pilihan
harga ?
tak pasti pula harga makanan di situ sama atau tidak dengan cawangan2 yang lain,
kalau tak salah, makanan di genting highlands memang agak mahal sedikit
itu normal kot.. hahaha

untuk makan tengahari,
kami order nasi ayam 2 nasi filet fish 1 dan sandwich 1
air panas 1 air teh ais 1 dan mineral water 1
( tips diet makan dan berjimat.. ceewaahh )

selepas solat zuhur, nak balik
nak bayar tiket parking di automated machine parking ticket.
semasa nak bayar tu, di tangan ada sekeping duit kertas RM10
tanya ahli keluarga yang lain, ada duit pecah tak ? sebab risau mesin tak ada duit baki.
sekali masukkan tiket parking, jumlah keseluruhan perlu dibayar RM12.00
what!!!!
hahaha.. ingatkan RM10.00 tu dah cukup,
rupanya kena tambah lagi

1 jam bersamaan RM 3 untuk hujung minggu.
kami masuk jam 10 pagi, keluar jam 2 petang
tak hairan lah jumlahnya RM12.00
hahahahaha
padan muka! ( nak sangat pergi GPO )

konklusinya, apa yang aku beli di GPO ?
aku tak ada beli apa-apa pon, so misi aku tercapai untuk HANYA jalan2 di GPO.
ayah beli kemeja padini 2 helai, adik beli kemeja padini 1 helai ( kebetulan Padini ada buat jualan murah )
ibu beli blous 1 helai dan kuali TEFAL satu untuk gantikan kuali yang dah usang di rumah


sekian cerita trip ke Genting Premium Outlet.

xoxo,
syairah

No comments:

Post a Comment