Thursday, March 24, 2011

Dalam dilema (^_*)

Semalam, lepas ambil result SPM, petang tu aku pergi jalan-jalan kat pekan. Saje nak cuci-cuci mata. Hehe~
 Drag and drop me
Selepas ambil Nabil dari sekolah, aku ajak dia pergi kedai Samsung di Sungai Besar Bussiness Centre (SBBC). Aku saje nak usha harga Ipad dan yang seangkatan dengannya. 
Kebetulan, time aku pergi tu, salesperson nyer punye lah ramah, dia siap explain kat aku tentang function-function yang ada dalam Ipad tu. Wahh!! Teruja tau~
Aku pun menunjukkan minat untuk mengetahui lebih tentang Ipad tu. Bila dah dengar explaination dari salesperson tu, aku lebih mengenali Ipad. Memang diakui bahawa setiap benda itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Kemudian, datang pula salesperson yang lain, lelaki pula. Dia terangkan pasal Galaxy Tab pula. Perbezaan Galaxy Tab dengan Ipad adalah Galaxy Tab boleh di install dengan Microsoft Office yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi Word, Excel, ataupun Powerpoint. Tetapi Ipad tak boleh. Ipad dia lebih kepada aplikasi seperti Facebook dan Tweeter. Selepas itu, aku rasa macam dah jatuh hati dengan Galaxy Tab. Aku minat dengan Galaxy Tab!!!Drag and drop me
Galaxy Tab ni, memang dia lebih kecil berbanding dengan Ipad, dan harganya pun lebih mahal daripada Ipad. Tetapi, kelebihannya pula adalah kebanyakan aplikasi untuk Galaxy Tab ini adalah percuma untuk di download. Selain itu, aku juga minat dengan Iphone4. Lagi-lagi, kalau warnanya pink~ Wahh!!~
Tapi, semalam aku tak sempat nak usha dia. Haha!! Mungkin lain kali...

Hah!! Cantik tak? Aku ada nampak seorang perempuan cina yang guna Iphone ni masa kat Sunway Pyramid. Memang cantik. Tidak dapat dinafikan lagi. Semalam juga, selepas ayah balik dari kerja, aku tanya dengan ayah tentang apa yang aku tengok di kedai tadi. Ayah bagi cadangan yang bagi aku agak bernas jugalah. Memandangkan selepas ni, kalau ada rezeki, aku akan sambung pelajaran aku ke IPTA. Dan adalah lebih baik jika aku menggantikan laptop aku dengan yang lebih baru sebab laptop aku jenis lama punye. Ayah aku cakap, kalau nak senang bawa ke mana-mana, pilih la yang 12inci ataupun 10inci. Drag and drop meWah!! Idea bagus~


Ada sesape boleh tolong aku yang berada dalam dilema ini??? Help me please!!! Ipad / Iphone4 / Galaxy Tab / Laptop ~ Drag and drop me

No comments:

Post a Comment