Wednesday, March 9, 2011

Kejohanan boling MSSD Sabak Bernam 2011


Pada 8 Mac 2011, telah diadakan Kejohanan Boling MSSD Sabak Bernam 2011. Sebanyak 8 buah sekolah telah mengambil bahagian di dalam acara tersebut. Kejohanan tersebut telah diadakan di ARL Powerbowl, Mutiara Armada, TLDM, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Kejohanan telah dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah acara berpasukan, berduet, individu dan jatuhan pin tertinggi. 

Syukur, Alhamdulillah. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima telah berjaya merebut kembali piala pusingan yang telah disumbangan oleh Datin Hajjah Zakiah binti Kassim pada tahun 2008 yang sebelum ini dirampas oleh Sek Men Keb Munsyi Abdullah. 
Piala pusingan yang menjadi rebutan setiap sekolah untuk memilikinya. Namun ia berjaya ditakluki oleh Sek Men Keb Agama Simpang Lima.
Semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh para peserta dari Sek Men Keb Agama Simpang Lima sangat ketara dan ini dibuktikan apabila mereka sanggup berhempas pulas untuk menyiapkan kain rentang yang bertujuan untuk menaikkan semangat mereka ketika bertanding. Ternyata usaha mereka tidak sia-sia, apabila kejayaan menjadi milik para peserta.
 Kain rentang yang berjaya dihasilkan oleh peserta lelaki beberapa hari sebelum kejohanan diadakan.
Sokongan dan sorakan yang tidak putus-putus.

Wajah-wajah ceria setelah diumumkan sebagai juara keseluruhan. Tahniah diucapkan!! Teruskan kejayaan anda dimasa akan datang~
Disebalik kejayaan yang para peserta kecapi ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang menyedarkan diri saya tentang mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Salah seorang peserta boling bawah 15tahun, iaitu Nik Hady telah kehilangan sebelah tangannya akibat kemalangan jalanraya. Cuba kita bayangkan, bagaimana ingin bermain boling dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Bagi saya sendiri, kedua belah tangan amat diperlukan untuk menyeimbangkan badan. Namun, kita harus reda dengan takdir yang telah ditetapkan. Semua itu tidak menjadi masalah kepada Nik Hady untuk bergelar juara bagi kategori individu lelaki bawahg 15tahun, jatuhan pin tertinggi dengan jatuhan 199pin dan johan bagi kategori bergu lelaki bawah 15tahun. Melihatkan keadaan dirinya, saya merasa sangat bersyukur terhadap apa yang Allah berikan kepada saya. Syabas yang tidak terhingga diucapkan kepada Nik Hady. Saya amat kagum dengan semangat yang ditunjukkan Nik Hady. Bagi kategori jatuhan pin tertinggi lelaki bawah 18tahun, dimenangi oleh Muhamad Haziq Akmal dengan jatuhan sebanyak 207pin. Tahniah!!

Di samping itu juga, saya tabik kepada para peserta kejohanan boling dari Sek Men Keb Agama Simpang Lima kerana semangat yang sama turut ditunjukkan dalam bidang kurikulum. Buktinya, semasa menunggu kategori pegawai dipertandingkan, mereka dapat duduk dalam satu kumpulan dan berbincang pelajaran bersama. Mengikut jadual di sekolah, mereka sepatutnya menduduki ujian selaras 1 di sekolah pada hari tersebut. Namun, kerana komitmen mereka dalam sukan perlu didahulukan, mereka terpaksa menangguhkan ujian tersebut ke hari Khamis. Walaupun kelihatan santai, namun mereka tidak membazirkan masa yang ada dengan melepak tanpa hala tujuan. Ini adalah salah satu sikap yang sepatutnya dimiliki oleh semua pelajar sekolah.
Sekalung penghargaan dan tahniah juga ditujukan kepada guru penasihat boling, iaitu Tn Hj Mohd Halim Sairi, Tn Hj Abd Alim Marjunid dan Pn Sarijah Bt Yaakob di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan. Bak kata pepatah, ‘tanpa guru, siapalah kita’. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada En Halim Masri dan isteri Pn Siti Azizah yang sanggup turun padang ke TLDM, Lumut untuk memberikan sokongan kepada para peserta. Sumbangan anda semua amat dihargai dan didahulukan dengan jutaan terima kasih.

Peserta yang berjaya mendapat tempat johan hingga ke empat akan terpilih untuk mewakili daerah sabak bernam ke peringkat negeri. Antara peserta yang terpilih dari Sek Men Keb Agama Simpang Lima adalah Nik Hady, Muhamad Haziq Akmal, Intan Syahirah dan Fatin. Tahniah! Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya di peringkat seterusnya.

p/s:keputusan yang bagi kategori yang lain akan diberitahu kemudian..tq

No comments:

Post a Comment