Sunday, February 5, 2017

Fly high and touch the sky.

"To eat is a necessity, but to eat intelligently is an art."

Tukar topik sekejap dari cerita Tasik Kenyir dan Terengganu.
Kali ini, kita terbang ke Osaka sebentar...hahaha

OSAKA Steamboat dan Grill


berikut adalah facebook page restoran tersebut utuk maklumat lanjut

berdasarkan bacaan di Facebook page restoran tersebut, HQ nya terletak di pusat bandar rawang, manakala yang cawangannya yang terbaru terletak di Bukit Sentosa,

jadi, ini adalah kali pertama mencuba steamboat dan grill dibawah jenama OSAKA restoran.
secara keseluruhannya, sangat berpuas hati.
harga dan kualiti makanan ok. cuma tidak banyak pilihan seperti di restoran steamboat dan grill yang lain. staf restoran juga sangat sopan, layanan yang baik. 
setakat ini, kami sekeluarga boleh beri 4/5 bintang untuk restoran ini. 


untuk set steamboat dan grill seperti di atas, harganya RM 50.00 per set. boleh add on mana2 bahagian yang disukai dengan harga yang berpatutan. 
add-on nasi putih, semangkuk RM 1.50
air minuman PERCUMA
kuah tomyam tambah RM 5.00, tetapi kalau sup ayam PERCUMA.
set di atas dicadangkan untuk 2-3 orang dewasa. 

jadi, kami empat orang dewasa, keseluruhan bayar RM 58.00 adalah sangat murah berbanding ke restoran steamboat dan grill yang mengenakan bayaran RM 30.00 per person.
set steamboat dan grill (RM50) + kuah tomyam (RM5) + nasi 2 (RM3) = RM58.00.

warga Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung di jemput datang untuk sokong bisnes tempatan. yeah!


No comments:

Post a Comment