Wednesday, February 1, 2017

Vacations are necessities, not luxuries.

"The best things in life are
the people we love, the place we've been, and the memories we've made along the way."

Houseboat Tasik Kenyir

mesti ada yang terfikir, apa yang boleh buat di houseboat ?
mesti bosan apabila tiada internet.
macam mana nak makan nanti ?
macam mana pula nak mandi atau buang air besar/kecil ?

jangan risau, semua masalah ada jalan penyelesaian.
of course, aktiviti houseboat ini lebih sesuai untuk
pencinta alam sekitar, penggemar aktiviti luar seperti berenang, memancing dan
sangat2 tidak sesuai untuk mereka yang 'kaki shopping' ataupun 'kaki gadget'.. hahaha..
ye lah, di tasik kenyir nak shopping apa? 
kedai cenderahati pon ala kadar sahaja.. coverage lagi la, jauhhhhh sangat.

untuk isu makan pula, sangat tidak menjadi masalah
sebab kemudahan dapur telah disediakan
korang boleh masak apa sahaja.
tetapi pastikan korang bawa bahan2 untuk di masak
seperti beras / roti / sardin / minyak masak / mee segera / gula / teh dan lain2
Insyaallah korang tak akan kelaparan semasa berada di houseboat.



ikan goreng 


gambar di atas menunjukkan kami tiada masalah dengan bekalan makanan semasa berada di houseboat. penuh meja dengan aneka jenis makanan. hehehe...

untuk isu mandi atau buang air besar/kecil juga bukan masalah besar.
terdapat kemudahan tandas untuk lelaki dan perempuan serta bilik mandi
cumanya apabila dah pergi dalam kumpulan yang ramai, kena tunggu giliranlah untuk gunakan tandas ataupun bilik mandi.

untuk sesiapa yang mabuk laut itu, elakkan berjalan-jalan ketika houseboat sedang bergerak
sebab korang akan rasa melayang-layang / mabuk.
better korang duduk diam2, sambil menikmati keindahan bukit bukau yang ada di sekeliling, sambil makan2... kalau tidur, rugilah. jalan jauh2 tetapi korang tidur, baik tidur di rumah, lagi empuk. 

bosan sebab tak ada aktiviti?
tidak mungkin sebab macam2 korang boleh buat. 
sementara houseboat sedang bergerak,
buat aktiviti santai2 seperti 
menonton televisyen ( ada siaran astro lagi ) / membaca / makan minum
dan apabila houseboat sudah parking di satu kawasan, aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti
memancing / berenang / kayak 


 kemudahan bot juga disediakan untuk pengunjung ronda2 di sekitar kawasan tasik jika tidak mahu berenang.


untuk aktiviti berenang, semua pengunjung tasik kenyir dinasihatkan untuk memakai baju keselamatan, walaupun korang terer berenang sebab kaki korang tak akan jejak ke dasar tasik.
air tasik sangat dalam, lebih2 lagi ketika musim tengkujuh di mana paras air akan lebih tinggi daripada kebiasaannya. 



air terjun


nak tahu apa aktiviti yang paling aku suka sepanjang berada di houseboat ini? tunggu post seterusnya ya!

to be continued...

No comments:

Post a Comment