Wednesday, February 1, 2017

Take me anywhere.

"Travel is the only thing you buy that makes you richer."

JJMA Kenyir to Terengganu - part 2


keadaan di Kenyir Water Park yang dikatakan hampir tenggelam, beberapa hari sebelum perjalanan kami bermula


tanah runtuh di Simpang Chiku 3 - Aring 8, iaitu laluan kami untuk ke Tasik Kenyir. kejadian ini juga berlaku beberapa hari sebelum trip kami.



Jalan Felda Aring - Kuala Berang merupakan laluan alternatif ke Tasik Kenyir yang dekat dan mempunyai pemandangan yang cantik. Malangnya, menurut JKR Gua Musang & IPD Gua Musang, laluan tersebut tidak akan dibaiki dalam tempoh terdekat disebabkan cuaca hujan. Info ini juga dapat pengesahan daripada JKR Gua Musang dan laluan tersebut ditutup untuk semua jenis kenderaan.

Jadi, untuk trip ini kami gunakan jalan Jabir, Bukit Besi dan Kuala Berang.


konvoi kami terdiri daripada 6 buah kenderaan,
dan dibantu oleh walkie talkie dengan frekuensi radio 143.100

oh, ya. di sini juga di kongsikan antara ETIKA dan PERATURAN konvoi yang perlu dipatuhi oleh semua ahli konvoi di sepanjang perjalanan. apa yang penting, keselamatan diutamakan sepanjang masa.

Konvoi berkereta di bahagikan kepada empat bahagian:
- Kereta Lead - Marshall - Sweeper - Kereta Peserta -

Kereta Lead
1. Lead Car haruslah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi kereta tidak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.

Marshall
1. Sentiasa berhubung pandang dengan Kereta Lead (jika perlu).
2. Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead.
3. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain, biarkan kereta yang tidak dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
4. Hubungi Kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

Sweeper
1. Berada di tengah-tengah semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana-mana untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan).
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.

Kereta Peserta
1. Tidak dibenarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat) .
3. Menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa .
4. Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan .

1. Perkara am sebelum berkonvoi.
Buat pemeriksaan ke atas kereta anda seperti memastikan semua minyak cukup, tekanan tayar dan lain-lain dalam keadaan baik.
Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda.
Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapatlah sekiranya memberitahu kereta Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yang mungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

2. Menyalakan lampu
• Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda
• Semasa waktu malam nyalakan head light dan fog light anda
• Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama. Ini memudahkan jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan (memberhentikan / memperlahankan kereta maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu adalah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi).

3. Jangan mengikut kereta terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amatlah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

4. Membenarkan kenderaan lain mencelah.
Selalunya, peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan lain mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimanapun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut, menakut-nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan inginkan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatangkan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

5. Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan kemampuan kereta peserta. Tidak dinafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunan konvoi tanpa mengganggu lalu lintas yang lain.

6. Berlaku Kecemasan atau Masalah
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan (atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

7. Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar, tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

8. Keluar / Masuk Lebuhraya
Ada yang menggunakan Touch N Go, Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini). Matikan double signal dan berikan signal perlahan-lahan masuk ke lane perlahan untuk meneruskan perjalanan.

9. Memotong.
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang-undang jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.

10. Komunikasi Penggunaan radio iaitu walkie-talkie/mobile rig semasa konvoi adalah penting untuk memastikan setiap member berada dalam keadaan teratur dan selamat. Semasa memandu, perbualan adalah di antara Zero Car, Marshall, Pace Car (Group Leader), Back Marker, Safety Car, Last Car atau Control mengikut mana yg telah dilantik oleh Komiti. Bagaimanapun, dlm perjalanan yg agak jauh melalui highway, member dibenarkan utk QSO pendek sahaja dari masa ke semasa, utk menghilangkan tahap ke’boring’an TETAPI bukan di dalam bandar/pekan, sebab ada maklumat/info penting yg akan disampaikan oleh marshall yg bertugas berkenaan dengan keadaan jalan atau kesesakan trafik semasa memandu.

11. Lampu Strobe & Sirens
Dlm konvoi ini, sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan peralatan ini sama sekali oleh kerana kelab & individu tidak diberi kuasa/authority utk menggunakannya dari pihak berkuasa. Penggunaan peralatan ini akan membuatkan pengguna jalanraya yg lain akan panik & mengakibatkan kemalangan. Hanya lampu depan perlu dipasang semasa berada di dalam konvoi (bukannya hazard lights!!!).

sumber : ETIKA DAN PERATURAN KONVOI


sebahagian daripada ahli konvoi trip Tasik Kenyir 2017

jutaan terima kasih kepada semua ahli konvoi yang terlibat iaitu :
dad halim masri, mom azizah apandi, bro haziq akmal, bro nabil akmal,
aunt anizah masri, bro hafiz haikal, sis ashikin amni, sis amirah amni,
aunt azlina masri, aunt rusyati masri, uncle henrizal rabai, bro hariz,
uncle aidi adha, aunt lin, sis qistina, bro danish, sis damia, sis sarah,
uncle zainal, aunt juraini, sis liyana,
uncle khalid and his wife...

to be continued...

No comments:

Post a Comment