Sunday, September 21, 2014

Atlet Boling Padang VS Atlet Memanah


apabila atlet boling padang dan memanah FST SUFA 2014 dapat duduk semeja selepas kejohanan semalam, inilah hasilnya...
atlet lah kononnya...hehehe

sejujurnya, aku sudah jatuh hati dengan sukan boling padang,
teknik dan strategi yang digunakan dalam sukan ini sangat menarik,
tetapi,
disebabkan sukan ini memaksa pemainnya untuk berada di tengah padang,
dipanah sinaran mentari, dibasahi hujan,
aku harus melupakan nya...
tubuh badan aku tidak dapat menerima situasi sebegitu...
kalau untuk main suka-suka boleh sahaja,
sama ada waktu pagi (8.00am-10.00am) ataupun petang (5.00pm-7.00pm)
dan bukannya waktu terik (2.00pm-4.00pm)
maaf, ku susun sepuluh jari memohon kemaafan~

mungkin kemampuan aku setakat peringkat ini sahaja,
mungkin juga rezeki aku di bidang lain...

maaflah, gambar dengan tajuk tak ada kaitan langsung..

jutaan terima kasih kepada sahabat HI-5 yang belanja makan NASI ARAB,
yeay!! Alhamdulillah...

maaf juga kerana jarang sekali mengupdate blog ini disebabkan line internet di tempat tinggal ini amatlah perlahan dan seringkat 'NO INTERNET ACCESS' 


2 comments:

  1. Replies
    1. orang dah lama ajak datang sini....jemput datang~ naik ktm pon boleh kan?

      Delete