Monday, September 1, 2014

Dia Yang Istimewa

"HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK."
REMEMBER!!!


Daripada Rasulullah S.A.W :
“Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.”
Sama-samalah kita renungkan…

Part 1

Pada hujung minggu yang lalu, dapat meluangkan masa dengan Muhammad di Pulau Pinang,
berbual-bual kerana sudah sekian lama tidak berjumpa dengannya
banyak isu yang kami bualkan

Pada suatu malam, kami sekeluarga berjalan-jalan di night market
memandang Muhammad masih kecil, tangan kirinya dipimpin oleh Nabil,
suasana di night market itu sangat sibuk dengan lalu lintas yang sibuk
dan orang awam yang sangat ramai
suasana sesak!

bagi memastikan Muhammad tidak terpisah di kalangan orang ramai,
tangan sebelah kirinya kupaut dan pegang erat,
tiba-tiba, Muhammad menarik tangannya dari genggamanku
lantas, dia pun berkata

"Akak, kalau abang Haziq itu bukan anak kedua, dia sepupu dengan akak, akak boleh tak pegang tangan dia?" tanya Muhammad.
"Mestilah tidak boleh, sebab dia lelaki," jawab aku dengan yakin.
"Hah, kalau macam itu, akak pun tak bolehlah pegang kita, kan? Sebab kita lelaki," ujar Muhammad.
"Muhammad masih kecil lagi, boleh sahaja," jawab aku lagi.
"Tak boleh, tak boleh," ujar Muhammad lantas berjalan pantas dengan abang Nabilnya meninggalkan aku dibelakang.
Aku terkedu seketika. Tetapi jauh sekali untuk terasa hati.
Apa yang diperkatakan itu betul, walaupun kurang tepat.
Tetapi, aku tabik dengan dia sebab dia mempunyai pengetahuan tentang hal itu.

Dalam perjalanan pulang ke rumah penginapan, di dalam kereta jenis Pajero Sport,
aku duduk di seat paling belakang dengan Muhammad dan kakaknya Sofea,
kami berbual lagi,
aku langsung tidak rasa bosan dengannya

Malam itu, Haziq, Nabil, Hafiz, Ashikin, dan Muhammad berada di ruang tamu
yang lain semuanya sudah berada di bilik masing-masing melayan lena
lagi satu hobi si Muhammad ini yang membezakan dia dengan kanak-kanak lain
Muhammad pandai berseni dengan mengait gelang getah
seperti dalam gambar di bawah ini


tetapi usahanya itu langsung tidak sia-sia
malahan mendatangkan keuntungan
sebab apa?
sebab apabila gelang getah sudah siap, Muhammad jualkan gelang tersebut kepada kawan-kawannya disekolah
satu gelang getah bernilai RM1.00
kalau cincin pula RM0.50

disebabkan aku teruja dengan kebolehannya mengait gelang getah itu,
aku pun buat tempahan
bersungguh-sungguh Muhammad menyiapkan tempahan agar siap pada masanya
walaupun Muhammad minat melakukan kerja seni ini,
ianya seimbang dengan aktiviti kanak-kanak lelaki yang lain
seperti berbasikal, berjetski, berenang, menonton bola dan sebagainya

ternyata menjalankan urusan perniagaan dengan Muhammad sangat menyeronokkan
pada usiannya ini, dia tahu tentang pentingnya membayar upah/gaji kepada pembantu sekerjanya
sebab apa aku kata begini?
kerana tatkala aku mahu membantu menyiapkan gelang getahnya itu,
pada mulanya dia menolak bantuan itu kerana memikirkan harus membayar upah aku,
tetapi awal-awal aku nyatakan kepadanya aku ikhlas nak tolong dia
barulah dia membenarkan aku menolong dia menyiapkan gelang getah itu
dan yang paling penting,
Muhammad tidak lupa mengucapkan terima kasih kepadaku tatkala gelang getah itu sudah siap,
dia mengucapkannya tanpa disuruh oleh sesiapa pun
wah...terharu rasanya..sebab usaha ku dihargai...
*senyum sendiri*

oh, ya! dah sibuk-sibuk bercerita, lupa pula nak memperkenalkan orangnya
meet my handsome and cute boy,
Muhammad Nasrullah
senyuman dia sangat menawan hati..
*haha...ayat memang tak boleh blah!*



untuk pengetahuan, gambar ini diambil sendiri oleh Muhammad dengan menggunakan monopod
*kami gelarkan Muhammad Hantu Selfie*
#HantuSelfieJunior
kenapa?
dia suka sangat selfie dan setiap kali capture gambar, dia akan tekan shutter 3 kali,
aku tanya kenapa tiga kali?
sebab Muhammad suka ambil gambar tiga kali....
*ok, fine~*

Muhammad Nasrullah
Baru sahaja berusia 7 tahun
Tetapi daya pemikirannya jauh lebih matang berbanding usianya
Membuatkan semua orang yang berada di sisinya kagum dengan kematangan yang dimiliki

Walapun merupakan anak lelaki tunggal dan anak bongsu dalam keluarga
Itu sama sekali tidak menjadikannya seorang yang manja
Tidak seperti kebanyakan kanak-kanak yang lain yang seusia dengannya

Menurut ibunya
Di sekolah, Muhammad Nasrullah ataupun lebih mesra dipanggil Muhammad di kalangan keluarga
berjawatan sebagai ketua kelas di sekolahnya

Pada bulan Ramadhan yang lalu, Muhammad beberapa kali tidak hadir ke sekolah
kerana tidak larat memandangkan dia berpuasa
Biasalah, budak baru sahaja mahu belajar berpuasa
Letih dan penat itu perkara biasa
Sebaik sahaja Muhammad kembali semula ke sekolah seperti sedia kala selepas tamat bulan Ramadhan,
Muhammad mendapat tahu bahawa tugasnya sebagai ketua kelas itu sudah diambil alih oleh penolong ketua kelasnya

Dengan rasa tidak puas hati, Muhammad mengajak penolong ketua kelas tersebut, berjumpa dengan guru kelasnya dan bertanyakan hal tersebut
Muhammad meminta kepastian sama ada dia masih lagi ketua kelas atapun tidak
dan adakah kerana dia banyak kali tidak hadir ke sekolah menyebabkan jawatannya itu dilucutkan,

Guru kelas tersebut menerangkan bahawa, Muhammad masih lagi ketua kelasnya
“Hah, kau dengar itu? Aku masih ketua kelas lagi,” ujar Muhammad kepada penolong ketua kelas itu.
Tujuan Muhammad membawa penolong ketua kelas tersebut bersama berjumpa dengan guru kelasnya adalah supaya penolong tersebut mendengar sendiri penjelasan daripada guru mereka
Suatu tindakan yang sangat bijak, kan?

rasanya, setakat ini sampai disini sahaja...
nantikan sambungnya dalam post akan datang, ok?
dengan cerita dan video yang lebih menarik...

Doakan saya ye,
*Kembara Seorang Hamba*

No comments:

Post a Comment