Tuesday, September 2, 2014

Dia Yang Istimewa 2


kalau melihat kepada gambar ini, perasan tak mana kedai makan nasi kandar Line Clear?
cuba tengok betul2.....
kalau nampak, tahniah!
kalau tak nampak, tidak mengapa, sebab kalau sekali pandang memang tidak perasan pun...


ini papan tanda yang lebih CLEAR!
Nasi Kandar Line Clear...
Nak tahu macam mana keadaannya, kenalah pergi sendiri..baru tahu...

ok, nak sambung cerita tentang budak ini,


bila Hantu Selfie dah dapat Ipod untuk bergambar,
macam2 aksi dan gaya ada...
terlalu banyak untuk dikongsikan...hehehe


bukan setakat gambar sediri sahaja,
semua orang disuruh untuk selfie sekali,
ini abang saudara kesayangan dia kot...
suka bermanja dengan abangnya ini...
kadang2 tu, pandai merajuk juga~

Part 2

ada suatu ketika itu, ketika dalam kereta, tak berapa ingat pula dari mana nak ke mana
tiba-tiba, kedengaran azan di corong radio
aku terpandangkan Muhammad yang diam,
ingatkan dia tidur..
rupa-rupanya dia mendengar azan itu, dan mengikut laungan azan itu dalam nada yang perlahan tetapi masih jelas kedengaran,
selepas azan kan ada doa yang dibacakan di radio,
Muhammad turut menadah tangan dan membacanya sekali,

kalau kanak-kanak lain, yang baru berusia 7 tahun,
jarang sekali mahu jumpa yang seperti ini,
dia ketika azan, mengikut bacaan azan, berdoa selepas azan...
mungkin 1 dalam 10 orang...
kadang kala orang dewasa pon ada juga yang masih bersembang walapun sudah mendengar azan, kan?
*peringatan untuk semua dan diri sendiri*

di waktu yang lain pula,
lebih kurng pukul 6.30petang,
aku meminta Muhammad ajarkan macam mana nak mengait gelang yang dia selalu buat itu,
dan tanpa banyak songeh, Muhammad pun ajarkan...
lebih kurang pukul 7.30malam, azan Maghrib berkumandang di televisyen,
selepas selesai azan,
"Muhammad, akak sambung nantilah. Akak nak sembahyang dahulu,"
"Hah, ye lah. Apa kata kita sembahyang sama-sama, nak tak?"
*terkedu seketika*
"Boleh saje, nanti akak ajak abang Nabil dan abang Haziq sekali,"

sampai sahaja di bilik, untuk mengambil wuduk, 
aku mengajak Haziq, Nabil dan ayah untuk solat bersama,
iyalah, kalau Muhammad nak solat bersama dengan aku, 
takkan aku nak jadi imam dia kot,
jadi, aku ajak sekali orang lain yang boleh jadi imam....

sejadah dibentangkan,
Muhammad oraang kedua yang sampai di saf,
tidak lama kemudian, ayah sampai,
"Muhammad, tolong azan"
*mula2, dia macam malu-malu*
"Tak apa, kalau salah, Alang betulkan. Kata nak masuk pertandingan azan kan? Cuba dulu,"
selepas diberikan kata2 semangat, Muhammad melaungkan azan,
iyalah, walaupun ada salah sana dan sini, 
tetapi, bagi aku, it's okay!
belajarlah dari kesilapan, kan?
lagipun dia baru 7 tahun, 
masih banyak masa lagi boleh dipelajari dan diperbetulkan...
selepas azan, dia mula iqamat...

sekali lagi, aku tabik dengan dia kerana dia tahu lafaz azan dan iqamat walapun masih belum perfect!
teruskan berusah, Muhammad!
nah, belanja satu video Muhammad Nasrullah,
*apabila Ipod berada di tangannya, maka penuh gallery gambar dengan gambar & video dia*
layanlah...
maaf kerana video ini banyak goyang, sebab di ambil sendiri oleh Muhammad menggunakan monopod,
katanya, monopod ini berat...hahaha...macam2 lah~

video

ok, sampai sini sahaja,
tunggu part 3 ye...

Doakan saya,
*Kembara Seorang Hamba*

No comments:

Post a Comment