Saturday, September 20, 2014

SUFA 2014 : Pahit + Manis = Memori Terindah

ALHAMDULILLAH!

ALHAMDULILLAH!

ALHAMDULILLAH!


Tahniah diucapkan kepada semua atlet boling padang FST SUFA 2014

Team Boling Padang Lelaki berjaya mendapat EMAS (JOHAN) manakala 
Team Boling Padang Perempuan berjaya mendapat PERAK (NAIB JOHAN)


Medal yang dimenangi...


Pusingan pertama,
FST VS FMed
FST menang!!!


Pusingan ketiga,
FST VS FPBU
FST menang!!!

Terima Kasih diucapkan kepada dua jurulatih yang bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar iaitu EN NAZA dan EN GHAFAR


ini keputusan perlawanan boling padang lelaki..
*ada model tambahan di situ* (^_^)

Tidak dilupakan juga kepada pengurus pasukan EN AZRI

dan yang penting juga sahabat2 yang turut memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi
khususnya sahabat2 satu pasukan
SYAZA, NUUR, PIJA, FATEN, dan FARAH
sahabat2 sebilik yang tolong belikan makanan tatkala diri ini kesuntukan masa
FATIN RAZANA dan NISA'
dan rakan2 sekuliah yang lain yang terlalu ramai untuk disebutkan satu per satu

JUTAAN terima kasih diucapkan
semoga Allah membalas jasa baik kalian semua

benar, aku tunggu dan menanti untuk turut serta dalam acara TENPIN BOLING untuk SUFA kali ini,
tetapi kecewa dan hampa apabila acara tersebut tidak tersenarai...
namun kerana hasrat hati yang masih ingin terlibat dalam SUFA 2014,
maka sebab itulah kali ini mencuba nasib dalam acara BOLING PADANG

biarlah orang kata aku PUTERI LILIN,
memang sukan boling padang ini tidak kena dengan diri aku,
aku jenis yang TIDAK BOLEH berada di bawah terik mentari dalam masa yang agak lama,
sebelum aku rebah dipanah sinaran matahari,
lebih baik aku elakkan...

hari ini, aku dapat rasa perit getir dalam sukan BOLING PADANG ini,
hujan lebat, aku rasa
panas terik, aku rasa
hujan renyai2 pun aku rasa
pakej sekali aku dapat rasa...

selepas ini perlu bersedia untuk kejohanan TENPIN BOLING pula,
mungkin ini satu satunya sukan yang sebati dengan diri aku
sukan indoor...

antara susah payah yang terpaksa kami hadapi adalah
apabila kami tiada tempat untuk membuat latihan
kami belum ada gelanggang boling padang sendiri
jadi, dua hari sebelum perlawanan,
kami berlatih di dalam kawasan pejabat
*karpet yang biasa di pejabat tu*
sebab mahu membiasakan diri membuat balingan di atas karpet
hebat tak hebat~ ahaha...

selain itu, jurulatih kami juga mengalami SEDIKIT kemalangan malam itu
apabila hidungnya terlanggar bucu pintu
berdarah hidungnya
kesian~
nasib baik keadaan tidak begitu teruk...

kami juga pergi latihan dengan kenderaan sendiri di Sepang, duit minyak sendiri,
semua ini bukan sebab tidak ikhlas ataupun mahu berkira sangat,
tetapi kalau dah diri kita sendiri mahu sesuatu itu,
apa pun halangan yang mendatang, kita akan hadapi...
dan semuanya akan manis apabila kita berjaya mengharungi satu per satu ujian dan dugaan itu...
dan bukan semua orang dapat merasai pengalaman seperti ini...
jadi, sering ingatkan diri sendiri untuk rasa syukur~

SYUKUR, ALHAMDULILLAH~

yang pasti ini sememangnya AWESOME!!

Doakan saya untuk tournament TENPIN BOLING akan datang ini,
semoga Allah redha dengan kita semua...
jumpa lagi...

2 comments: