Friday, September 19, 2014

Beg Goodies yang bernilai RM10


"Duit Bukan Segalanya, tetapi Segalanya Memerlukan Duit"
itu ungkapan yang sering kedengaran pada zaman moden dan serba menggunakan duit ini..

Terusik hati ini apabila DISURUH bayar untuk satu program yang telah dirancangkan sekian lama
Ya, aku boleh bayar JIKA aku dapat hadir ke program tersebut
tetapi tidak bolehkan berunding sedikit? 
aku tak dapat hadir ke program tersebut bukan kerana suka-suka tidak mahu hadir
tetapi aku terpaksa pilih antara 2 program yang kedua-duanya memberikan manfaat kepada aku

ada juga suara2 yang berbunyi,
"kalau tak dapat datang pun bayar juga, nanti mereka bagilah beg goodies,"
*what??*
RM10 hanya untuk beg goodies?
Terima Kasih banyak2 yer~

aku faham kalau pihak penganjur program tersebut sudah kira2 jumlah peserta dan sudah membelanjakan duit untuk melaksanakan program tersebut,
dan sekiranya aku TIDAK membayar, maka akan menyebabkan penyusutan kewangan mereka,
tetapi pada masa yang sama, mereka juga kena faham juga konsep berniaga,
kadang kala ada untung, dan kadang kala nya juga ada RUGI..
bukannya sepanjang masa UNTUNG!!

kecewa!
memang kecewa!
namun, di sudut hati kecil ini berharap agar ada sedikit tolak ansur daripada pihak penganjur..

ya, mungkin ada yang berfikir,
cuma RM10!
namun, RM10 itu besar nilainya buat aku,
dan juga rakan2 yang senasib dengan aku...

tolong bertolak ansur, please...



kepada sahabat2 dan para pembaca,
doakan saya ye,
esok ada kejohanan! 
semoga team saya dapat lakukan yang terbaik!
Insyaallah~



No comments:

Post a Comment